Keajaiban KrismasSampel

The Magic Of Christmas

HARI 9 DARIPADA 25

"Terganggu"

Kelahiran Yesus adalah gangguan yang sungguh indah—satu gangguan dalam sejarah dunia kita. Namun, pada tahap peribadi yang lebih intim, kelahiran Yesus adalah gangguan dalam kehidupan ibu bapa duniawi-Nya, Maria dan Yusuf. Mereka telah merancang untuk berkahwin, tetapi mereka tidak merancang kehamilan oleh Allah. Mereka tidak merancang agar Maria mengandungkan Penyelamat Dunia.

Allah juga mengganggu kerja harian gembala—berlepak di lereng bukit, menghitung domba—dengan kemuliaan-Nya!

Lukas 2:13-14: Tiba-tiba malaikat itu disertai oleh sepasukan besar malaikat syurga, yang memuji-muji Allah, “Termulialah Allah di langit yang tertinggi! Dan di atas bumi, sejahteralah manusia yang menyenangkan hati-Nya!”

Sesudah itu, gembala tersebut mengganggu apa yang dijangkakan daripada mereka dan bertolak untuk mencari bayi Yesus. Bercakap tentang kespontanan—gembala tersebut tidak hadir tanpa izin kerana Allah telah mengganggu rutin mereka!

Pada musim Krismas ini, semasa kita sibuk bekerja demi Allah, pastikan anda meluangkan masa, ruang, dan tenaga untuk bersifat terbuka terhadap hal yang tidak diduga. Biarlah Allah mengganggu kehidupan anda! Barangkali Dia ingin mengubah pandangan harian anda. Adakah anda penat atau berpuas hati atau sedikit bosan dengan perjalanan anda dengan Allah?

Barangkali anda dilanda situasi atau orang yang cukup banyak—anda keletihan. Barangkali anda ingin menanggalkan topeng bahawa segala sesuatu adalah baik, berjalan lancar dan anda boleh mengatasinya. Bolehkah saya mendengar Amin? Allah ingin mengganggu perjalanan anda dengan indah untuk membina anda ke tahap kedamaian dan keintiman mengenali-Nya yang lebih tinggi. Luangkan masa untuk meninggalkan rutin anda, daripada hal yang diduga, dan biarlah gangguan yang indah berlaku pada musim ini!

Jána Guynn
Pengaturcaraan Perkhidmatan

Perihal Pelan

The Magic Of Christmas

Bagi sesetengah orang, Krismas adalah waktu kegembiraan dan perayaan. Bagi orang lain, Krismas adalah peringatan yang menyakitkan hati akan kehilangan. Walau apa pun yang anda alami pada musim cuti ini, Krismas adalah peluang untuk menumpukan perhatian pada sumber pengharapan kita. Kami menjemput anda untuk menyertai kakitangan North Point untuk 25 hari seterusnya apabila kami berkumpul bersama untuk mengalami keajaiban Krismas. Sertai perbualan melalui #NPDevo.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada North Point Community Church dan North Point Ministries, Inc kerana menyediakan kandungan untuk pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: northpoint.org