Keajaiban KrismasSampel
"Keajaiban Mozek"
Semasa membesar, saya dan adik-beradik saya bersaing untuk menarik hati ibu dan ayah dengan hadiah yang paling original pada pagi hari Krismas. Pada suatu tahun, gambar ibu bapa saya sebagai kekasih sekolah menengah dalam bingkai yang diukir dengan nama mereka boleh dikatakan telah "memenangi hari Krismas." Pada tahun seterusnya, dalam percubaan membangkitkan saat yang penuh keajaiban untuk ibu saya pada pagi hari Krismas, saya mengumpulkan semua kemeja-T kegemarannya, termasuk jersi bola sepak sekolah menengah ayah saya, menyapu habuk pada mesin jahit, dan menghasilkan gegebar yang dipenuhi kenangan dan kesentimenan.
Gegebar yang mengagumkan itu menceritakan satu kisah dengan sebilangan peristiwa yang kelihatan tidak berkaitan yang dicantumkan menjadi satu cerita yang lebih menakjubkan. Cebisan kemeja-T tersebut sudah bergabung. Hari Krismas ibu akan menjadi mengagumkan. Kemenangan hari Krismas sudah pasti milik saya.
Raja Daud mahir bertukang untuk menunjukkan kasihnya. Ia mungkin tidak terdorong oleh persaingan adik-beradik, tetapi Raja Israel ini ingin membina bait Allah untuk memuliakan Allah yang dikasihinya. Budak gembala yang menjadi raja ini mengidamkan tempat yang menjadi tempat kediaman Roh Allah; ia berhasrat untuk merapatkan hadirat Tuhan.
Walau bagaimanapun, Allah mempunyai rancangan yang berbeza untuk merapatkan umat-Nya.
Ia mencantumkan satu legasi yang tidak akan terbatas dalam sebuah bangunan. Mozek cerita Allah bercantum di luar apa-apa yang dimimpikan oleh Daud. Dan Allah akan menggunakan keluarga Daud untuk mencapai tujuan-Nya.
Dia akan memerintah sebagai ganti Raja Daud,
pemerintahan-Nya akan berdasarkan hukum
dan keadilan dari sekarang hingga akhir zaman. TUHAN Yang Maha Kuasa pasti melakukan segala perkara ini. – Yesaya 9:6
Daripada keturunan Daud, Allah akan mengutuskan seorang Penyelamat dan nama-Nya ialah Yesus. Seperti Daud, Dia akan dikenali sebagai seorang gembala dan raja, tetapi raja ini tidak seperti mana-mana raja Israel sebelumnya. Dia tidak akan tinggal dalam bait Allah tetapi akan menjadi penggenapan janji. Dia akan menjadi Imanuel kita—Allah menyertai kita.
Holly Goddard
Waumba Land

Kitab
Perihal Pelan
Bagi sesetengah orang, Krismas adalah waktu kegembiraan dan perayaan. Bagi orang lain, Krismas adalah peringatan yang menyakitkan hati akan kehilangan. Walau apa pun yang anda alami pada musim cuti ini, Krismas adalah peluang untuk menumpukan perhatian pada sumber pengharapan kita. Kami menjemput anda untuk menyertai kakitangan North Point untuk 25 hari seterusnya apabila kami berkumpul bersama untuk mengalami keajaiban Krismas. Sertai perbualan melalui #NPDevo.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada North Point Community Church dan North Point Ministries, Inc kerana menyediakan kandungan untuk pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: northpoint.org