Keajaiban KrismasSampel

The Magic Of Christmas

HARI 2 DARIPADA 25

"Rancangan B"

Saya suka bermimpi dan saya suka idea. Tertanya-tanya tentang hal yang mungkin membuat hati saya berdebar. Saya boleh duduk berjam-jam (atau berhari-hari!) memikirkan cara yang terbaik untuk mencapai sesuatu dan tentang apa yang mungkin berlaku "jika . . .” Apabila saya berada dalam musim berimpian besar, saya kerap terbangun pada tengah malam untuk menuliskan idea. Saya berasa teruja menunggu suami saya untuk bangun supaya saya dapat berkongsi rancangan saya. (Ada kalanya saya mengganggunya, berharap ia akan bangun awal . . . kasihannya suami saya.) Walau bagaimanapun, sebanyak mana saya suka bermimpi pun, saya menjadi lebih teruja memerhatikan sesuatu visi menjadi kenyataan.

Beberapa tahun lalu, saya bertanggungjawab terhadap satu projek pengubahsuaian yang besar. Saya menyediakan belanjawan, melukiskan cetakan biru, mengupah pekerja, dan memulakan pelaksanaan rancangan tersebut. Saya tidak sabar! Namun, apa yang berlaku dalam minggu-minggu seterusnya adalah apa yang berlaku pada banyak rancangan besar. Saya mendapati rancangan itu bukannya tidak mungkin gagal. Terdapat isu-isu yang tidak diketahui yang perlu diselesaikan, halangan yang perlu diatasi, dan kos yang melebihi belanjawan ketat yang telah disediakan dengan teliti. Rancangan itu perlu diubah. Saya memerlukan Rancangan B.

Secara umum, saya tidak suka akan Rancangan B. Beralih kepada rancangan ganti memaksudkan kegagalan bagi saya. Tindakan itu mengakui bahawa saya tidak cukup bersedia pada mulanya. Tindakan itu adalah peringatan tentang sifat kehidupan yang tidak dijangka.

Ada kalanya, semasa saya berfikir-fikir tentang sebab musabab alam semesta, saya tertanya-tanya tentang rancangan Allah. Apakah idea asal-Nya? Adakah Dia mempunyai rancangan induk yang tidak berjalan lancar? Adakah Dia mencipta dunia di mana manusia sebenarnya boleh hidup bahagia selama-lamanya di taman Eden tetapi kemudiannya membuat kesilapan? Adakah Yesus itu pilihan kedua Allah? Adakah Yesus itu Rancangan B?

Pada musim ini, apabila rumah saya mula berkilauan dengan lampu dan saya menghiasi biskut yang dibakar dengan baik, saya juga akan meraikan kelahiran Penyelamat saya. Bayi kecil itu, yang dilahirkan oleh anak dara di kota Betlehem, merupakan pendedahan rancangan induk yang sempurna dengan lembut oleh Allah. Yesus sentiasanya penyelesaian Allah yang sempurna dan penuh kasih. Bayi ini merupakan kanta yang digunakan oleh Allah untuk memandang saya. Bayi itu tidak pernahnya Rancangan B.

Rhonda Hinrichs
Khidmat Pelanggan
Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

The Magic Of Christmas

Bagi sesetengah orang, Krismas adalah waktu kegembiraan dan perayaan. Bagi orang lain, Krismas adalah peringatan yang menyakitkan hati akan kehilangan. Walau apa pun yang anda alami pada musim cuti ini, Krismas adalah peluang untuk menumpukan perhatian pada sumber pengharapan kita. Kami menjemput anda untuk menyertai kakitangan North Point untuk 25 hari seterusnya apabila kami berkumpul bersama untuk mengalami keajaiban Krismas. Sertai perbualan melalui #NPDevo.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada North Point Community Church dan North Point Ministries, Inc kerana menyediakan kandungan untuk pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: northpoint.org