Bapa Mengasihi Anda Oleh Pete BriscoeSampel

The Father Loves You By Pete Briscoe

HARI 16 DARIPADA 16

Hari 16

Daripada Fakta kepada Iman

Bahagian Alkitab yang tidak difahami tidak merisaukan saya, tapi bahagian yang difahamilah yang merisaukan saya. —Mark Twain

Penyataan disertai tanggungjawab. Pengetahuan disertai peluang. Demikianlah keadaannya dengan Allah sebagai Bapa kita yang sempurna. Kita boleh mempelajari fakta asas tentang Allah Bapa dengan mudah. Namun, adakah kita rela mengizinkan Roh Kudus untuk hidup melalui kita dalam cara yang mengubah fakta tersebut kepada iman?

Kota Yerusalem tidak beralih daripada fakta kepada iman. Walaupun nabi datang dari masa ke masa, umat Yerusalem masih memilih untuk hidup tanpa Allah.

Malangnya kota yang derhaka dan cemar,
kota yang penuh penindasan!
Dia tidak mahu mendengar teguran sesiapa pun,
dan tidak mahu menerima didikan.
Dia tidak percaya kepada TUHAN,
dan tidak datang untuk mendekati Allahnya. (Zefanya 3:1-2)

Aduh. Alangkah membazirnya! Mengetahui kebenaran tentang Allah merupakan jemputan yang besar ke pesta yang menakjubkan. Bukalah jemputan itu dan melihat:

Hei kamu! Datanglah ke pesta ini bersama dengan Aku! Berharaplah dalam Aku! Datang seadanya dan menyertai-Ku! RSVP SECEPAT MUNGKIN, Allah.

Mintalah Allah, sekarang ini, untuk menumpukan perhatian hati anda pada sifat-Nya—satu fakta yang Dia mahu anda untuk tukar menjadi iman hari ini:

  • Dia ada
  • Dia menghiburkan
  • Dia membezakan
  • Dia memberi
  • Dia senang hati
  • Dia berminat
  • Dia berbelas kasihan
  • Dia berkasih kurnia
  • Dia sabar
  • Dia patut dipuji
  • Dia setia
  • Dia maha pengampun
  • Dia adil
  • Dia penyayang

Bapa, ambillah satu kebenaran tentang Engkau ini dan membuat hidup saya mematuhinya. Saya berharap pada-Mu sekarang ini. Saya menghentikan usaha sendiri. Saya memohon agar dalam Yesus, Engkau menunjukkan jalan kepada saya, menempatkan kepercayaan saya dalam-Mu, dan mendekatkan saya dengan-Mu kerana kebenaran ini. Amin.

Dapatkan lebih banyak ajaran daripada Pete dengan renungan harian yang dihantar ke peti masuk anda!

Renungan:

1) Sifat kebapaan Allah yang manakah berbicara dengan paling lembut kepada hati anda? Mengapa?

2) Bagaimanakah salib itu penyataan sifat kebapaan Allah yang berkuasa?

3) Dari segi apakah renungan ini mengeratkan hubungan anda dengan Allah sebagai Bapa anda?

Hari 15

Perihal Pelan

The Father Loves You By Pete Briscoe

Kita diajar sejak kecil lagi bahawa Allah ialah Bapa kita dan kita ialah anak-Nya. Namun, menghubungkan Allah dengan Bapa tidaklah selalu mudah—terutamanya jika bapa duniawi kita bergelut untuk menunjukkan kasih yang diinginkan. Dalam kajian 16 hari ini, Pete Briscoe mengalihkan perhatian kita kepada Allah yang memenuhi semua keinginan kita akan kasih—menengaskan bagaimana Alkitab menyatakan Dia sebagai Bapa kita yang baik dan sempurna.

More

Kami bersyukur kepada Pete Briscoe kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://petebriscoe.org/