Bapa Mengasihi Anda Oleh Pete BriscoeSampel
Hari 9
Pemberian Kasih Kurnia yang Baik
Jangan menilai saya. Saya mendapat keuntungan yang besar. —Samantha Bee
Kita sentiasa dinilai dunia ini berdasarkan pencapaian, rupa, dan milikan kita. Walaupun ini tidak dinyatakan dengan terus terang, nilai duniawi anda adalah berdasarkan perkara tersebut. Tanpanya, anda bukan apa-apa.
Namun, Allah tidak memandang kita seperti itu. Kerana Dia ialah kasih, penerimaan kita adalah berdasarkan sesuatu yang berbeza sama sekali:
TUHAN turun dalam awan; Dia berdiri dengan Musa di tempat itu dan menyebut nama-Nya yang suci, iaitu TUHAN. Kemudian TUHAN lalu di hadapan Musa dan berfirman, “Aku TUHAN, Allah yang penuh dengan rahmat dan belas kasihan; Aku tidak cepat murka, dan Aku menunjukkan kasih dan kesetiaan yang besar. Aku menepati janji-Ku kepada beribu-ribu keturunan, serta mengampunkan kejahatan dan dosa, tetapi Aku tidak akan membebaskan orang yang bersalah daripada hukuman.” (Keluaran 34:5-7)
Dia berbelas kasihan.
Dialah Allah yang kita panggil "Bapa." Kasih kurnia-Nya mengubah hukum segala sesuatu. Dia memberikan yang terbaik buat kita meskipun kita tidak melakukan apa-apa sehingga layak menerimanya.
Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman — ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Allah — bukan kerana usaha amalmu supaya tiada seorang pun yang dapat bermegah. (Efesus 2:8-9)
Apakah yang dapat anda katakan berkenaan hal ini? Bagaimanakah kita harus memberikan respons terhadap kasih seperti itu?
Allah, terima kasih BANYAK-BANYAK kerana Engkau memandang kami mengikut standard yang berbeza daripada dunia ini. Saya lega kerana dibebaskan daripada jangkaan yang sentiasa berubah dan tidak dapat dicapai. Tolonglah saya untuk menumpukan perhatian pada kurnia-Mu, keselamatan yang tidak dapat diperoleh sendiri, dan menemui nilai dalamnya lebih daripada segala sesuatu yang lain. Amin.
Perihal Pelan
Kita diajar sejak kecil lagi bahawa Allah ialah Bapa kita dan kita ialah anak-Nya. Namun, menghubungkan Allah dengan Bapa tidaklah selalu mudah—terutamanya jika bapa duniawi kita bergelut untuk menunjukkan kasih yang diinginkan. Dalam kajian 16 hari ini, Pete Briscoe mengalihkan perhatian kita kepada Allah yang memenuhi semua keinginan kita akan kasih—menengaskan bagaimana Alkitab menyatakan Dia sebagai Bapa kita yang baik dan sempurna.
More