Bapa Mengasihi Anda Oleh Pete BriscoeSampel

The Father Loves You By Pete Briscoe

HARI 14 DARIPADA 16

Hari 14

Keperluan Keadilan

Semua orang ingin melihat keadilan, terhadap orang lain. —Bruce Cockburn

Dalam sesetengah keluarga, bapa menghukum anaknya dalam cara yang tidak betul atau adil. Ia mungkin terlalu keras dengan anaknya kerana salah faham yang kecil di rumah, ataupun ia mungkin tidak memberikan sesuatu yang baik kepada mereka tanpa justifikasi.

Bapa duniawi boleh menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka. Jika kita mengenakan ketidaksempurnaan ini terhadap konsep Allah kita, kita akan mempertikaikan kuasa, motif, dan akhirnya, keadilan-Nya.

Jika sesiapa cenderung memikirkan bahawa Allah adalah tidak adil, orang itu ialah Ayub. Ayub kehilangan segala sesuatu—tetapi ia bertenang dan bertegas bahawa ia tidak bersalah. Kawannya, Elihu, cuba membuatnya masuk akal dengan menegaskan keadilan Allah:

“Dia membalas manusia setimpal dengan perbuatan mereka dan
memperlakukan mereka dengan sepatutnya.
Allah Yang Maha Kuasa tidak melakukan kejahatan;
semua orang diberikan-Nya keadilan.” (Ayub 34:11-12)

Dia adil.

Allah mengasihi umat-Nya, tetapi itu tidak menghilangkan kenyataan bahawa Dia jugalah adil. Dia sempurna, maka segala sesuatu yang dilakukan-Nya adalah betul dan baik—maksudnya Dia tidak boleh tidak mengendahkan dosa.

Oleh itu, kita boleh bersyukur kepada Dia kerana keadilan terlaksana di salib. Dosa tidak diketepikan pada hari yang dahsyat itu apabila Yesus menanggung hukuman supaya kita boleh diampunkan. Tindakan pengorbanan itu menunjukkan bahawa Allah adalah penyayang dan adil. Jika kita berada dalam Kristus, hukuman dosa kita dipikul oleh Kristus.

Walau bagaimanapun, untuk orang yang menolak kurnia ini, hukuman mereka adalah segera dan adil.

Bapa, jangan biarkan ketidakadilan duniawi mencemari perspektif saya tentang-Mu. Berikan saya mata untuk melihat salib sebagai tempat bersejarah di mana kuasa dan keadilan serta kasih-Mu ditunjukkan dengan baik untuk saya. Amin.

Hari 13Hari 15

Perihal Pelan

The Father Loves You By Pete Briscoe

Kita diajar sejak kecil lagi bahawa Allah ialah Bapa kita dan kita ialah anak-Nya. Namun, menghubungkan Allah dengan Bapa tidaklah selalu mudah—terutamanya jika bapa duniawi kita bergelut untuk menunjukkan kasih yang diinginkan. Dalam kajian 16 hari ini, Pete Briscoe mengalihkan perhatian kita kepada Allah yang memenuhi semua keinginan kita akan kasih—menengaskan bagaimana Alkitab menyatakan Dia sebagai Bapa kita yang baik dan sempurna.

More

Kami bersyukur kepada Pete Briscoe kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://petebriscoe.org/