Bapa Mengasihi Anda Oleh Pete BriscoeSampel

The Father Loves You By Pete Briscoe

HARI 1 DARIPADA 16

Hari 1
Salah Satu daripada Hal Ini adalah Berbeza

Siapa bapa saya tidak menjadi soal; soalnya ingatan saya tentang dia. Anne Sexton

Kita cenderung mendasarkan pandangan kita tentang Allah pada orang yang dipanggil "bapa" dalam hidup ini. Namun, adakah bapa duniawi gambaran yang baik tentang Bapa syurgawi kita? Adakah Allah seperti mereka?

Itu bergantung.

Bagi sesetengah daripada kita, "bapa" menimbulkan perasaan yang menyenangkan dan keselamatan. Bagi orang lain, membayangkan bunyi tapak kaki bapa membuat mereka ingin bersembunyi. Anda mungkin mengenang bapa anda dan berkata, "Jika Allah itu seperti bapa saya, saya tidak mahu ada kena-mengena dengan Dia.”

Maka, semasa kita bercakap tentang "Allah Bapa," fikiran kita—bukan emosi kita—mesti mendominasi. Kita perlu membuat perbezaan yang jelas antara bapa duniawi kita dan Bapa syurgawi kita. Roh Kudus akan menggunakan Alkitab—bukan perasaan atau pengalaman duniawi kita—untuk menjadi panduan kita semasa kita memahami apa yang dimaksudkan oleh "Allah Bapa.”

Pertimbangkan permintaan Musa dalam kitab Keluaran—dan gunakannya sementara mencari sifat kebapaan Allah dalam Alkitab:

Sekarang, jika memang Engkau berkenan kepadaku, nyatakanlah kiranya jalan-jalan-Mu kepadaku, supaya aku dapat mengenal Engkau dan Engkau tetap berkenan kepadaku. (Keluaran 33:13)

Dalam petikan selepas permintaan Musa, Allah menjawab dengan menyatakan 14 sifat kebapaan tentang diri-Nya—setiap satunya dihuraikan di banyak bahagian Alkitab yang lain.

Sifat-sifat ini bertindak sebagai model yang baik bagi golongan bapa di bumi ini, tetapi tidak dimaksudkan untuk menimbulkan rasa bersalah dan terasa malu sehinggakan memperbaik diri. Sebaliknya, sifat-sifat ini harus mendorong semua anak Allah dengan berita menakjubkan tentang Bapa sempurna kita yang menjaga kita dengan baik, menghargai, dan sangat menyayangi kita.

Bapa, saya berdoa agar sebarang salah tanggapan saya tentang Engkau akan digantikan dengan kebenaran Firman-Mu. Saya ingin mengenal-Mu dan ingin ketahui tentang-Mu secara rasional tanpa emosi yang mengelirukan. Tolonglah saya untuk menenangkan fikiran saya supaya Roh-Mu boleh memimpin saya kepada kebenaran. Amin.

Hari 2

Perihal Pelan

The Father Loves You By Pete Briscoe

Kita diajar sejak kecil lagi bahawa Allah ialah Bapa kita dan kita ialah anak-Nya. Namun, menghubungkan Allah dengan Bapa tidaklah selalu mudah—terutamanya jika bapa duniawi kita bergelut untuk menunjukkan kasih yang diinginkan. Dalam kajian 16 hari ini, Pete Briscoe mengalihkan perhatian kita kepada Allah yang memenuhi semua keinginan kita akan kasih—menengaskan bagaimana Alkitab menyatakan Dia sebagai Bapa kita yang baik dan sempurna.

More

Kami bersyukur kepada Pete Briscoe kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://petebriscoe.org/