Bapa Mengasihi Anda Oleh Pete BriscoeSampel

The Father Loves You By Pete Briscoe

HARI 2 DARIPADA 16

Hari 2

Hadirat-Ku Akan Memimpin Kamu

Sifat kebapaan yang pertama dalam Keluaran ialah sifat yang paling penting bagi semua hubungan: Dia hadir.

Firman-Nya, “Hadirat-Ku akan memimpin kamu dan Aku akan memberikan ketenteraman kepadamu.” (Keluaran 33:14)

Apabila Musa bertanya siapa yang akan menyertainya, Allah berkata, "Aku akan ikut engkau." Kita memerhatikan ini dalam seluruh Alkitab. Ke mana pun anda pergi, Allah akan menyertai anda.  

Bapa saya sering mengembara semasa saya masih kecil. Semasa menetap di England, kadang-kadang bapa saya akan pergi ke Amerika untuk beberapa bulan. Kami sangat rindu padanya. Salah satu sebab kami berpindah ke Milwaukee pada tahun 1970 ialah supaya bapa saya akan lebih terlibat dalam hidup kami—supaya ia "hadir". Semasa ketiadaannya, ibu saya mengalihkan perhatian saya kepada "Kebapaan Allah.” Ibu mengajar saya bahawa Dia sentiasa hadir, walau di mana pun saya berada atau apa yang sedang saya lakukan. Semasa bapa berjalan, saya memaksa diri untuk mencari Kebapaan Allah dalam hidup saya… dan hadirat-Nya menjadi kenyataan bagi saya.  

Allah menyertai anda sekarang ini, semasa anda membaca kata-kata ini, terjalin dengan rumit dalam hidup anda sebagai Bapa yang sentiasa hadir. Tiada gunung yang terlalu tinggi, tiada lembah yang terlalu rendah, tiada sungai yang terlalu lebar untuk menjauhkan-Nya daripada anda. Anda boleh cuba melarikan diri atau memencilkan diri daripada Allah, tetapi saat anda berhenti, anda akan menyedari bahawa Dia masih ada bersama dengan anda.

Pertimbangkan ini:

TUHAN, Allah kamu menyertai kamu; kamu menang kerana kuasa-Nya. TUHAN gembira dan bersukacita kerana kamu; Dia memberi kamu hidup baru kerana Dia mengasihi kamu. Kamu menyukakan hati-Nya, maka Dia akan menyanyi dengan gembira. (Zefanya 3:17)

Allah bukan sahaja menyertai anda, malah Dia SUKA menyertai anda! Dia ingin mengasihi anda dalam setiap cara yang mungkin.

Allah, terima kasih kerana hadirat-Mu yang tetap. Terima kasih kerana Engkau cukup mengasihi saya untuk tidak meninggalkan saya. Tolonglah saya untuk mengingati bahawa Engkau sentiasa menyertai saya. Amin.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

The Father Loves You By Pete Briscoe

Kita diajar sejak kecil lagi bahawa Allah ialah Bapa kita dan kita ialah anak-Nya. Namun, menghubungkan Allah dengan Bapa tidaklah selalu mudah—terutamanya jika bapa duniawi kita bergelut untuk menunjukkan kasih yang diinginkan. Dalam kajian 16 hari ini, Pete Briscoe mengalihkan perhatian kita kepada Allah yang memenuhi semua keinginan kita akan kasih—menengaskan bagaimana Alkitab menyatakan Dia sebagai Bapa kita yang baik dan sempurna.

More

Kami bersyukur kepada Pete Briscoe kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://petebriscoe.org/