Bapa Mengasihi Anda Oleh Pete BriscoeSampel

The Father Loves You By Pete Briscoe

HARI 8 DARIPADA 16

Hari 8

Belas Kasihan yang Tulus Ikhlas

Saya memilih kebaikan hati... Saya akan baik hati terhadap golongan miskin, kerana mereka bersendirian. Baik hati terhadap golongan kaya, kerana mereka ketakutan. Baik hati terhadap orang yang tidak bertimbang rasa, kerana demikianlah Allah melayan saya. —Max Lucado

Saya suka petikan yang bercakap tentang Allah yang berbelas kasihan.

“…TUHAN, Allah kamu itu baik dan berbelas kasihan; jika kamu kembali kepada-Nya, Dia akan menyambut kamu.” (2 Tawarikh 30:9)

“Aku TUHAN, Allah yang penuh dengan rahmat dan belas kasihan…” (Keluaran 34:6)

Ayat seperti ini menunjukkan bahawa Allah Bapa berbelas kasihan terhadap kita. Dia betul-betul mengambil berat dan Dia penyayang terhadap anda dan saya.

Itu merupakan suatu fikiran yang amat radikal, jika anda mempertimbangkannya… Belas kasihan bermaksud "dengan penuh perasaan”—tetapi pertimbangkan implikasi empat perkataan ini: Allah. Belas Kasihan. Anda. Kasih bapa syurgawi terhadap anda tidak bersifat mekanik; Dia merasakannya.

Saya berada di Filipi dengan kumpulan misi semasa di kolej. Di sebuah kampung, kami menemui seorang kanak-kanak lelaki berpenyakit kusta. Ia dihindari oleh semua orang—mutanajis. Namun, pastor sebuah gereja evangelikal yang kecil di bandar itu berbelas kasihan dan menghulurkan tangannya. Ia sahajalah yang rela menerima wajah, tangan dan kaki kanak-kanak yang cacat itu.

Walau bagaimanapun, saya tidak mungkin lupa pagi keesokannya bila saya berjalan di balik selekoh dan melihat kanak-kanak itu duduk di atas riba ahli kumpulan saya, Randy. Randy mengajarnya main “Patty-cake”. Semasa tapak tangan Randy menyentuh tangan kanak-kanak yang kudung itu, ia tersenyum lebar, dan saya melihat gambaran belas kasihan Allah yang jelas—tetapi dengan satu corak nada yang berbeza… Sayalah kanak-kanak yang duduk di riba Allah Bapa.

Bapa, mengutus Anak-Mu untuk menderita kerana saya ialah belas kasihan yang terbesar! Biarlah saya melihat diri sebagai anak berpenyakit kusta di riba-Mu. Terima kasih kerana Engkau mengasihi saya dengan perasaan yang hanya mungkin timbul kerana-Mu, Engkau mengasihi saya sehingga saya menjadi sempurna. Tolonglah saya untuk melihat dunia ini melalui mata-Mu agar saya juga menunjukkan belas kasihan-Mu kepada dunia ini! Amin.

Hari 7Hari 9

Perihal Pelan

The Father Loves You By Pete Briscoe

Kita diajar sejak kecil lagi bahawa Allah ialah Bapa kita dan kita ialah anak-Nya. Namun, menghubungkan Allah dengan Bapa tidaklah selalu mudah—terutamanya jika bapa duniawi kita bergelut untuk menunjukkan kasih yang diinginkan. Dalam kajian 16 hari ini, Pete Briscoe mengalihkan perhatian kita kepada Allah yang memenuhi semua keinginan kita akan kasih—menengaskan bagaimana Alkitab menyatakan Dia sebagai Bapa kita yang baik dan sempurna.

More

Kami bersyukur kepada Pete Briscoe kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://petebriscoe.org/