Bapa Mengasihi Anda Oleh Pete BriscoeSampel

The Father Loves You By Pete Briscoe

HARI 10 DARIPADA 16

Hari 10

Kesabaran Bapa yang Sempurna

Tuhan, berikan saya kesabaran, dan berikannya SEKARANG juga! —Tanpa nama

Ingat waktu saya mengatakan bahawa kita kerap membina pandangan kita tentang Allah berdasarkan bapa duniawi kita? Sementara banyak orang mempunyai bapa yang baik dan penyayang, ada sesetengah orang mempunyai bapa yang sentiasa marah terhadap keluarganya. Ia mungkin melepaskan tekanan daripada aspek hidupnya yang lain pada sumber yang terdekat dan kurang menentang. Ataupun, ia mungkin memiliki jangkaan yang amat tinggi terhadap orang yang terdekat dan memberikan reaksi yang tidak rasional apabila jangkaannya tidak dipenuhi. Walau apa pun puncanya, bapa yang marah boleh membuat kita fikir bahawa Allah Bapa ialah seperti bapa kita itu—marah terhadap semua orang dan segala hal. Itu bukan sahaja salah malah bercanggah dengan apa yang dinyatakan dalam Alkitab!

Allah telah menyatakan diri-Nya kepada Musa sebagai Bapa yang “…panjang sabar…” (Keluaran 34:6). Daud bernyanyi tentang Bapa dengan kata-kata seperti yang berikut:

TUHAN pengasih dan penyayang, panjang sabar, dan penuh dengan kasih… Seperti seorang bapa mengasihani anak-anaknya, begitulah TUHAN mengasihani orang yang menghormati-Nya. Dia tahu bagaimana kita dibentuk, Dia ingat bahawa kita ini debu belaka. (Mazmur 103:8,13-14)

Allah Bapa sabar.

Saya mempelajari ini dengan cara yang susah. Saya merupakan seorang jurulatih bola keranjang untuk beberapa tahun. Semasa anak lelaki saya, Liam, belajar di sekolah rendah, masih muda lagi, saya (memalukannya) menjangkanya untuk bermain seperti saya waktu di kolej! Saya akan melihat apa yang dilakukannya, menjangkakan sesuatu yang lain, mengajarnya dengan lingo "jurulatih", dan melihat matanya digenangi air mata. Oh, ada kalanya saya berharap Allah ialah jurulatih pasukan itu dan bukan saya! Saya hilang sabar dengannya, menjangkakannya untuk menjadi apa yang akan dicapainya kelak sekarang juga.

Allah mengetahui kelemahan kita. Dia mengetahui bagaimana kita telah dibentuk, dan Dia bersabar dengan kita sementara orang hilang sabar. Menakjubnya, Dia melihat kita "dalam Kristus" dan mengetahui bentuk-Nya bagi kita. Dia mengetahui proses perkembangan dan pertumbuhan kita dan panjang sabar sepanjang proses itu. Saya tidak tahu tentang anda, tetapi saya gembira kerana mempunyai Bapa seperti itu!

Bapa, kesabaran-Mu panjang, besar, dan pengasih. Saya tidak patut menerima penjagaan-Mu, jadi saya bersyukur kerana Engkau cukup mengambil berat untuk melayan saya seperti itu. Saya berdoa agar kesabaran ini ditunjukkan dalam hidup saya semasa saya berinteraksi dengan orang lain supaya mereka dapat melihat apa yang telah Engkau lakukan dalam saya! Amin.

Hari 9Hari 11

Perihal Pelan

The Father Loves You By Pete Briscoe

Kita diajar sejak kecil lagi bahawa Allah ialah Bapa kita dan kita ialah anak-Nya. Namun, menghubungkan Allah dengan Bapa tidaklah selalu mudah—terutamanya jika bapa duniawi kita bergelut untuk menunjukkan kasih yang diinginkan. Dalam kajian 16 hari ini, Pete Briscoe mengalihkan perhatian kita kepada Allah yang memenuhi semua keinginan kita akan kasih—menengaskan bagaimana Alkitab menyatakan Dia sebagai Bapa kita yang baik dan sempurna.

More

Kami bersyukur kepada Pete Briscoe kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://petebriscoe.org/