Bapa Mengasihi Anda Oleh Pete BriscoeSampel

The Father Loves You By Pete Briscoe

HARI 11 DARIPADA 16

Hari 11

Memberikan Penghargaan Pada Tempatnya

“Mengenal” dari segi alkitabiah merupakan sesuatu yang amat peribadi. Mengenal menandakan betul-betul mengalami. Ini tidak merujuk kepada pengetahuan, persetujuan intelektual, atau pembinaan otot sahaja. Yohanes 8:32 mengatakan, ‘Kamu akan mengenal Allah. Oleh itu kamu akan dibebaskan.’ Anda melibatkan diri; anda mengalami hidup dan menjadikannya suatu "biografi." Oleh itu, teologi anda menjadi biografi anda. —Tim Hansel, Holy Sweat

Seluruh waktu ini, kita melihat aspek yang berbeza tentang siapa Allah Bapa itu, membincangkan apa yang Dia ingin laksanakan dalam hidup kita, dan berfikir tentang cara Dia mahu kita bertindak terhadap Dia. Semua ini pastinya perkara yang penting dalam kepala anda…

Namun, tanggungjawab itu tidak berhenti di sini.

Mengetahui semua ini dalam kepala kita (mengenal perkara tentang Allah) ialah satu perkara, malangnya, jika kita tidak mengetahui lebih mendalam lagi daripada itu ialah satu perkara lain! Penyataan Allah membangkitkan respons dalam hati orang yang peka terhadap pimpinan-Nya. Apabila Musa menerima wahyu Allah, ia melihat dirinya seimbang dengan Allah yang dikenalinya. Bagaimanakah ia memberikan respons?

Dengan segera Musa bersujud menyembah. (Keluaran 34:8)

Ia melihat bahawa Allah patut dipuji.

Musa memuji Allah dengan seluruh jiwanya. Itu bukanlah sesuatu yang diketahui dalam kepalanya sahaja. Ia mengalami Allah secara radikal, mengenali Dia secara peribadi. Ini bukan sahaja menempatkan kita pada tempat kita dan Allah pada tempat-Nya, ini juga mengubah hati kita serta mendalamkan pengalaman kedekatan rohani kita dengan Pencipta kita.

Selepas Musa memuji Allah, Dia menyatakan diri-Nya kepada orang lain melalui Musa. Allah telah menyatakan diri-Nya sebagai Bapa. Musa memandang dirinya sebagai anak. Bersama-sama mereka berjalan ke depan dalam kebenaran demi kemuliaan Allah.

Bapa, bila-bila saya berpeluang mengetahui lebih lanjut tentang-Mu, saya berdoa agar Engkau mengambil apa yang saya masukkan dalam kepala saya dan menggerakkannya ke hati saya. Jadikan ini BENAR dalam hidup saya. Saya ingin mengalami-Mu secara radikal setiap hari! Saya mengasihi-Mu, dan Engkau patut menerima SEGALA pujian saya! Amin.

Hari 10Hari 12

Perihal Pelan

The Father Loves You By Pete Briscoe

Kita diajar sejak kecil lagi bahawa Allah ialah Bapa kita dan kita ialah anak-Nya. Namun, menghubungkan Allah dengan Bapa tidaklah selalu mudah—terutamanya jika bapa duniawi kita bergelut untuk menunjukkan kasih yang diinginkan. Dalam kajian 16 hari ini, Pete Briscoe mengalihkan perhatian kita kepada Allah yang memenuhi semua keinginan kita akan kasih—menengaskan bagaimana Alkitab menyatakan Dia sebagai Bapa kita yang baik dan sempurna.

More

Kami bersyukur kepada Pete Briscoe kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://petebriscoe.org/