Bapa Mengasihi Anda Oleh Pete BriscoeSampel
Hari 13
Pengampunan Tanpa Rasa Bersalah
Aduh! Sungguh susahnya tidak menampakkan rasa bersalah di wajah. —Ovid
Rasa bersalah adalah besar… dan berat. Seperti sauh plumbum yang terikat pada kaki kita, dosa lepas—besar dan kecil—boleh menenggelamkan kita dalam laut keaiban. Ini menyebabkan banyak antara kita untuk mempercayai secara ikhlas bahawa dosa kita tidak dapat dimaafkan oleh manusia (mungkinlah benar), dan ada kalanya tidak dapat dimaafkan oleh Allah juga (tidak benar!). Akhirnya, kita berfikir bahawa Allah tidak mahu memaafkan kita, atau lebih teruk lagi, Dia tidak akan memaafkan kita.
Walau bagaimanapun, seperti banyak kali sebelum ini, kita mengetahui daripada Alkitab bahawa Allah kebalikan itu.
“…mengampunkan kesalahan, pelanggaran, dan dosa.” (Keluaran 34:7)
Dia maha pengampun. Allah Bapa mengampunkan orang yang betul-betul mempercayai Dia. Dia mengampunkan segala sesuatu, dan selengkapnya.
Kerana sebagaimana tingginya langit di atas bumi,
demikianlah limpah kasih-Nya kepada orang yang takut kepada-Nya;
sebagaimana jauhnya timur dari barat,
begitulah jauhnya Dia telah membuang keingkaran kita daripada diri kita. (Mazmur 103:11-12)
Anda mungkin perlu merenungi ini untuk sejenak.
Alkitab ialah gambaran sifat pengampun Allah. Sifat ini memuncak dalam Perjanjian Baru dalam peribadi Yesus Kristus melalui kematian dan kebangkitan-Nya. Semua ini kerana Dia ialah Bapa yang pengampun.
Dia [Yesus] telah diserahkan kepada kematian kerana dosa kita dan dibangkitkan semula kepada kehidupan untuk pembenaran kita. (Roma 4:25)
Allah, saya tidak patut menerima kasih-Mu, apatah lagi pengampunan-Mu kerana dosa saya. Terima kasih BANYAK-BANYAK kerana Engkau berbelas kasihan, berkasih kurnia, bermurah hati, bersabar dengan saya. Engkau tidak memandang dosa saya, malah menyelamatkan saya daripadanya! Terima kasih kerana pengampunan-Mu. Saya mempercayainya. Amin.
Perihal Pelan
Kita diajar sejak kecil lagi bahawa Allah ialah Bapa kita dan kita ialah anak-Nya. Namun, menghubungkan Allah dengan Bapa tidaklah selalu mudah—terutamanya jika bapa duniawi kita bergelut untuk menunjukkan kasih yang diinginkan. Dalam kajian 16 hari ini, Pete Briscoe mengalihkan perhatian kita kepada Allah yang memenuhi semua keinginan kita akan kasih—menengaskan bagaimana Alkitab menyatakan Dia sebagai Bapa kita yang baik dan sempurna.
More