Bapa Mengasihi Anda Oleh Pete BriscoeSampel

The Father Loves You By Pete Briscoe

HARI 15 DARIPADA 16

Hari 15

Kualiti Teras Bapa

Kenyataan bahawa Allah mengasihi orang yang berdosa memeranjatkan; tapi benar. Allah mengasihi makhluk yang menjadi tidak indah dan (difikirkan) tidak mudah dikasihi… Kasih dalam kalangan manusia dibangkitkan oleh sesuatu dalam orang yang dikasihi, tetapi kasih Allah adalah percuma, spontan, tidak dipaksa, sukarela. Allah mengasihi manusia kerana Dia telah memilih untuk mengasihi mereka. —J. I. Packer, Knowing God

Allah adalah besar dan tidak dapat diduga. Kita tidak mungkin memahami Allah sepenuhnya di bumi ini. Mujurlah, daripada diri-Nya yang amat besar, Dia memilih untuk menyatakan aspek diri-Nya yang paling penting dan paling mudah diakses kepada kita. Ada satu sifat yang paling menakjubkan yang ditunjukkan-Nya.

“…berlimpah kasih … mengukuhkan kasih abadi bagi beribu-ribu orang…” (Keluaran 34:6-7)

Dia penyayang.

Sifat Allah ini merupakan teras segala sesuatu yang kita cari; jawapan bagi semua soalan yang kita tanya tentang mengenal Dia dan mengkhabarkan-Nya.

Sahabat-sahabat yang aku kasihi, marilah kita saling mengasihi kerana kasih berasal daripada Allah. Sesiapa yang saling mengasihi, mengenal Allah dan dia anak Allah. Sesiapa yang tidak mengasihi orang lain, tidak mengenal Allah kerana Allah itu kasih. Inilah cara Allah menunjukkan kasih-Nya kepada kita: Dia mengutus Anak-Nya yang tunggal ke dalam dunia supaya melalui Anak-Nya kita beroleh hidup sejati dan kekal. Inilah kasih: Bukannya kita telah mengasihi Allah, tetapi Allah mengasihi kita dan mengutus Anak-Nya supaya melalui Dia dosa kita diampunkan. (1 Yohanes 4:7-10)

Dalam batin setiap orang ialah keinginan dikasihi. Sementara kita mungkin menemukan kasih yang terbatas daripada perkara yang ditawarkan oleh dunia ini kepada kita, kasih sebenar yang dicari-cari hanya ditemui dalam Dia, kerana Dia ialah kasih yang kita cari.

Ya Allah, saya tidak mungkin bersyukur secukupnya terhadap-Mu kerana segala sesuatu yang telah Engkau lakukan untuk saya! Kasih-Mu tidak berhujung dan tidak bersyarat. Saya berdoa agar Engkau menjadikan kasih itu nyata dalam hidup saya semasa saya berinteraksi dengan orang lain. Sebelum menemui kasih-Mu, saya sesat, tetapi sekarang saya telah ditemui! Hiduplah melalui saya dalam cara yang membawa orang lain kepada-Mu kerana kasih-Mu! Amin.

Hari 14Hari 16

Perihal Pelan

The Father Loves You By Pete Briscoe

Kita diajar sejak kecil lagi bahawa Allah ialah Bapa kita dan kita ialah anak-Nya. Namun, menghubungkan Allah dengan Bapa tidaklah selalu mudah—terutamanya jika bapa duniawi kita bergelut untuk menunjukkan kasih yang diinginkan. Dalam kajian 16 hari ini, Pete Briscoe mengalihkan perhatian kita kepada Allah yang memenuhi semua keinginan kita akan kasih—menengaskan bagaimana Alkitab menyatakan Dia sebagai Bapa kita yang baik dan sempurna.

More

Kami bersyukur kepada Pete Briscoe kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://petebriscoe.org/