Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Sebagai seseorang yang bekerja sebagai penulis, saya tahu bahawa ayat pembuka dan ayat penutup harus menambat perhatian. Ayat tersebut perlu memberikan kesan. Injil Matius berakhir dengan kenyataan penting daripada Yesus ini: "Aku akan sentiasa bersamamu, hingga ke akhir zaman."
Barangkali, sekilas pandang, ia nampaknya bukan kenyataan yang paling menakjubkan atau tidak dapat dilupakan. Namun, Matius memilih untuk mengakhiri kitab itu dengan kenyataan ini, lalu mengungkapkan kepentingannya.
Murid-murid itu bakal menghadapi penganiayaan yang teruk sepanjang beberapa bulan akan datang. Yesus meyakinkan mereka bahawa Dia akan menyertai mereka, hingga ke akhir zaman.
Dari segi fizikal, Yesus akan naik ke syurga untuk menyertai Bapa. Walau bagaimanapun, Dia akan mengutus Roh Kudus yang akan mendiami murid-murid itu untuk selama-lamanya.
Itulah janji-Nya kepada murid-murid-Nya. Itu jugalah janji-Nya untuk kita sekarang ini. Yesus sentiasa menyertai kita melalui Roh Kudus yang diam dalam kita. Untuk selama-lamanya.
Ku berbahagia, Yesus adalah milikku.
Pengukuhan
Dalam situasi manakah saya perlu mengingati bahawa Yesus menyertai saya? Bagaimanakah situasi itu akan berubah? Ataupun, bagaimanakah ia akan mengubah saya untuk menjadi lebih baik dalam menghadapi situasi itu?
Pemaduan
Allah Tritunggal, Bapa, Anak dan Roh Kudus! Saya menyembah Allah yang indah dan berkuasa. Saya juga menyembah Allah yang cukup mengasihi saya untuk menyertai saya. Selalu. Sehingga ke akhir zaman. Engkau tidak akan meninggalkan saya atau mengabaikan saya. Amin.
Kitab
Perihal Pelan

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.
More