Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

HARI 32 DARIPADA 40

Seorang lelaki yang kaya dan berkuasa memasuki cerita ini. Yusuf dari Arimatea merupakan anggota majlis agama. Ia berkemungkinan amat berjaya: kaya, berkuasa, berprestij dan berpengaruh. 

Walau bagaimanapun, ia merisikokan segala sesuatu untuk Yesus. Ia mempertaruhkan reputasinya. Ia tampil pada waktu yang masih berbahaya, waktu ia mungkin dipersendakan, juga dihukum. Namun, Yusuf dari Arimatea tidak memberikan alasan. Ia mengungkapkan kasihnya melalui perbuatannya. 

Pada suatu hari kelak, anda dan saya akan dipanggil untuk tampil meninggalkan bayangan dan melakukan sesuatu yang berani dan besar untuk Allah. Ia mungkin melibatkan risiko yang tidak pernah dibayangkan. Namun, apabila Allah memanggil anda, Dia akan melengkapkan anda. 

Pengukuhan

Apakah yang Allah minta saya untuk lakukan hari ini? Bolehkah saya mendengar suara-Nya dalam kebisingan kehidupan saya? Adakah saya rela mengorak langkah besar keluar dari zon selesa saya demi-Nya?

Pemaduan

Bapa, Tolonglah saya untuk mengingati dan menjadi berani kerana kenyataan bahawa kasih kurnia-Mu memang mencukupi dalam setiap situasi. Kadang-kadang saya rasa lebih selesa bersembunyi di sebalik bayangan, berat hendak bercakap tentang iman saya, memilih untuk tidak mengambil risiko. Namun, Engkau tidak memanggil saya untuk menjadi selesa. Engkau memanggil saya untuk mengangkat salib saya dan mengikuti-Mu. Saya berdoa agar Roh-Mu akan meyakinkan saya dan memperkasakan saya. Amin.

Hari 31Hari 33

Perihal Pelan

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.   

More

Kami berterima kasih kepada Susan Narjala kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.susannarjala.com