Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Seorang lelaki yang mati, sebelas orang murid yang hilang daripada cerita, dan beberapa orang wanita yang berada di sebalik tabir. Entah kenapa kumpulan yang berbagai-bagai ini menimbulkan ancaman kepada ketua imam, orang Farisi dan juga Pilatus yang berkuasa.
Ketidakyakinan menguasai mereka semasa mereka mengambil langkah-langkah tambahan untuk melindungi kubur Yesus. Walau bagaimanapun, kita tahu apa yang berlaku. Apabila Allah memerintahkan kubur itu kosong, kubur itu akan menjadi kosong.
Tiada apa-apa dapat menghalang rancangan Allah. Tiada senjata yang dapat mencederakan anda. Allah menepati janji-Nya. Bermula daripada Kejadian, terdapat lebih daripada 300 nubuatan tentang kehidupan, kematian dan kebangkitan Yesus. Dia menggenapi setiap satu daripadanya.
Allah menepati janji-Nya. Tiada apa-apa dapat menghalang-Nya.
Pengukuhan
Apakah tumpuan saya sekarang ini? Adakah saya menumpukan perhatian pada keadaan yang membuntukan, ataupun pada Allah yang bangkit daripada kematian?
Pemaduan
Allah yang Maha Berkuasa, Sering kali, saya cenderung kecewa kerana pintu yang tertutup dan jalan mati. Mata saya memandang apa yang terletak di hadapan saya: kuasa yang menjadi semakin berkuasa sehingga menjejaskan orang lain. Tapi tolonglah saya untuk mempercayai bahawa Engkau mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi-Mu dan orang yang dipanggil oleh-Mu. Engkaulah Allah yang menepati janji-Mu. Amin.
Kitab
Perihal Pelan

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.
More