Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

HARI 38 DARIPADA 40

Menutup apa yang sebenarnya. Itulah yang ingin dibuat oleh musuh Yesus. 

Mereka membuat rancangan yang jahat, menyogok askar dan menyebarkan khabar angin melalui rangkaian yang besar dan berkuasa. 

Walaupun pengaruh dan muslihat mereka, memanglah ironi yang terbesar – ketua imam dan konco mereka melalui rancangan mengabui mata mereka itu, secara tidak sengaja, menerima kubur yang kosong. 

Kita boleh cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan kebenaran atau melarikan diri daripadanya. Walau bagaimanapun, Allah memberikan kata putus. Dia ialah Allah berdaulat yang maha mengetahui dan maha berkuasa. Kebenaran-Nya kekal. Kebenaran-Nya membebaskan kita

Satu-satunya cara kita boleh mengetahui kebenaran itu bukanlah melalui bukti yang amat sangat bahawa kebangkitan adalah tepat dari segi sejarah tetapi satu-satunya cara kita boleh diyakinkan sepenuhnya akan kebenaran itu adalah hubungan peribadi dengan Yesus.

Pengukuhan

Adakah saya cuba bersembunyi daripada kebenaran melalui kesibukan saya ataupun melalui kelekaan saya? Adakah saya menjalinkan hubungan peribadi dengan Kristus yang meyakinkan saya akan kebenaran?

Pemaduan

Bapa di syurga, Terima kasih kerana kedaulatan-Mu. Walaupun sistem dan kuasa dunia sekarang ini tercemar dan diputarbalikkan, Engkau memerintah berkemenangan. Kebenaran-Mu akan kekal. Saya boleh mempercayai-Mu dan berharap pada-Mu selalu. Amin.

Hari 37Hari 39

Perihal Pelan

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.   

More

Kami berterima kasih kepada Susan Narjala kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.susannarjala.com