Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

HARI 36 DARIPADA 40

Malaikat menyapa wanita yang terkejut di kubur yang kosong itu. Semasa saya memikirkan kata-kata malaikat itu, kebenaran yang mendalam bergema dalam diri saya.

Malaikat itu tidak ada di sana sebagai penyambut di pameran sahaja. Saya suka komen yang berwawasan malaikat itu, "Aku tahu bahawa kamu mencari Yesus."

Setakat tertentu, kita pun begitu bukan? Kita ialah pencari dalam perjalanan hidup. Sesetengah daripada kita telah menemui Yesus tetapi masih boleh lebih mengenali-Nya lagi. Sesetengah daripada kita pula belum menemukan sukacita manis mengenali-Nya. 

Macam mana sekalipun, jawapannya terletak pada kubur yang kosong itu. Dia ialah kebangkitan dan hidup bagi semua orang yang mencari-Nya.

Malaikat itu menjemput wanita tersebut untuk "Marilah lihat." Setiap pencari menemui Yesus melalui pengalaman peribadi. Ia semestinya transaksi seorang ke seorang: dosa saya untuk pengampunan-Nya. Saya perlu mendekati Yesus, dalam keadaan saya yang seadanya, tanpa rayuan, melainkan darah-Nya dicurahkan untuk saya. 

Pengukuhan

Di manakah saya dalam perjalanan mencari Allah saya ini? Perlukah saya "marilah lihat"?

Pemaduan

Bapa, Terima kasih kerana Engkau menempatkan kekosongan berbentuk Allah dalam hati saya. Tiada apa-apa yang saya miliki dan tiada apa-apa yang dapat saya lakukan boleh memenuhi kekosongan itu. Jadi, saya datang kepada Yesus. Amin.

Hari 35Hari 37

Perihal Pelan

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.   

More

Kami berterima kasih kepada Susan Narjala kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.susannarjala.com