Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Petikan yang kami baca ini bertajuk, "Amanat Agung." Sementara itu ialah tajuk yang sesuai, saya tidak tahu sama ada ia menyimpulkan panggilan Yesus terhadap murid-murid-Nya.
Kita biasanya beranggapan bahawa petikan ini ialah panggilan untuk berkongsi berita baik, di luar kehidupan harian kita. Sementara ini adalah betul, ia jugalah panggilan untuk melayan dan panggilan untuk menyerahkan diri. Ia merupakan lanjutan semula jadi hidup kita dalam Kristus.
Laman web Desiring God menyatakannya seperti ini: "Apabila hidup kita dalam Dia adalah sihat, bersemangat dan bertenaga, kita bukan sahaja ingin sangat tenggelam dalam-Nya, malah bercabang dan memberikan kebaikan-Nya kepada orang lain."
Penulis itu juga merujuk "jadikan pengikut" sebagai lebih daripada mengkhabarkan kebenaran sahaja. "Ia jugalah perkongsian hidup, seperti yang ditulis oleh Paulus kepada orang Tesalonika, "kami bukan sahaja berasa sukacita menyampaikan Injil daripada Allah kepadamu malah sanggup memberikan kehidupan dan nyawa kami untukmu kerana kamu amat kami kasihi" (1 Tesalonika 2:8)."
Secara peribadi, saya suka liputan yang lebih meluas. Ia bukanlah alasan untuk menghalang kita daripada berkongsi injil. Ia merupakan lanjutan sebab kita melakukannya dan cara kita berkongsi.
Pengukuhan
Siapakah yang Allah tempatkan dalam hati saya, yang saya perlu berkongsi kebenaran-Nya? Adakah saya berkongsi diri dengan orang lain dan membenarkan injil untuk menjadi lanjutan hidup saya dalam Kristus?
Pemaduan
Allah yang penyayang, saya bersyukur kerana kasih kurnia-Mu terhadap semua orang yang berdosa, terutamanya orang berdosa seperti saya. Terima kasih Allah kerana saya dapat berkongsi berita baik kerana sukacita dan kedamaian yang berkelimpahan daripada-Mu dalam hidup saya. Saya rasa amat diberkati untuk menjadi berkat. Amin.
Kitab
Perihal Pelan

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.
More