Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Kita memulakan renungan Pra-Paskah dengan seseorang yang betul-betul memahaminya. Maria, saudari Marta dan Lazarus, sebenarnya memahaminya. Sesungguhnya, Maria memahami lebih banyak daripada murid-murid yang marah itu, yang cuba menghalangnya daripada "membazirkan" minyak wangi pada Yesus. Barangkali Maria memahami bahawa Yesus tidak akan ada bersama dengan mereka untuk lebih lama lagi.
Respons Maria terhadap kematian Yesus yang pasti akan berlaku tidak lama lagi adalah indah. Ia menyembah Dia. Bukan penyembahan biasa, apakah-agenda-seterusnya. Malah, penyembahan berlebih-lebihan yang kosnya tidak terhitung. Ini merupakan penyembahan hormat, penyembahan yang luar biasa, mungkin juga penyembahan yang tidak rasional. Ia tidak memandang jam atau dompetnya atau orang di sekelilingnya yang menilainya dan menunjuk-nunjuknya dengan jari.
Sebaliknya, ia memandang Yesus. Ia membenarkan Dia untuk memenuhi penglihatannya dan menenggelamkan segala sesuatu di sekelilingnya. Ia menyembah seolah-olah tiada orang lain yang sedang memerhatikannya.
Pengukuhan
Apakah respons saya terhadap kematian Yesus di salib? Adakah saya memberikan-Nya korban penyembahan dan pujian? Ataupun adakah korban saya pada musim Pra-Paskah ini lebih tertumpu pada manfaat diri?
Pemaduan
Bapa di syurga, Tolonglah saya untuk menyembah dalam cara yang membuat saya menyembah sepenuh hati. Tolonglah saya untuk tidak mengasihi-Mu dengan kata-kata saja tetapi dengan segenap jiwa, minda, kekuatan dan hati saya. Moga-moga saya tidak berpuas hati dengan penyembahan suam-suam kuku, tetapi menyembah dengan penuh semangat iman dan memarakkan rasa hormat yang mendalam terhadap-Mu. Amin.
Kitab
Perihal Pelan

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.
More