Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

HARI 3 DARIPADA 40

Murid-murid Yesus bersiap sedia untuk jamuan Paskah. Semasa kita baca ayat ini, marilah lihat tiga perkara mudah yang mereka lakukan dalam persediaan itu: 1. Mereka datang kepada Yesus 2. Mereka menanya Yesus dan 3. Mereka mentaati Yesus.

Pada musim Pra-Paskah ini, kita juga bersedia untuk waktu kita mengingati Yesus sebagai Domba Paskah kita yang tidak berdosa. Namun, adakah kita membuat persediaan menurut syarat kita atau syarat-Nya? Adakah persediaan kita semasa Pra-Paskah tertumpu pada hiasan luaran sahaja - ataupun adakah kita berharap pada Yesus, mendengar-Nya dan mengikut dengan taat? 

Pada musim persediaan ini, marilah kita membuang agenda kita dan mendekati-Nya dahulu. Marilah berharap pada-Nya dalam kerendahan hati. Marilah mendengar suara-Nya. Yang paling penting, janganlah kita hanya mendengarkan Firman, tetapi melakukan apa yang difirmankan. Para murid itu "menjalankan arahan-Nya lalu menyediakan jamuan Perayaan Paskah." Bagaimanakah anda dan saya menyediakannya?

Pengukuhan

Apakah yang saya "korbankan" untuk Pra-Paskah? Adakah ia sesuatu yang ditegur oleh Allah? Adakah persediaan saya lebih bersikap luaran daripada dalaman? Adakah saya berharap pada Allah dan adakah saya bersedia untuk mendekati-Nya menurut syarat-Nya?

Pemaduan

Allah Bapa, ada kalanya memang mudah untuk berbalik kepada kebiasaan dan adat berhubung dengan Pra-Paskah. Tanpa berfikir panjang, kami berhenti melakukan sesuatu, mengurangkan rasa bersalah kami untuk mengenakan mantel menganggap diri lebih baik dengan segera. Saya mendoakan penglihatan yang baru pada Pra-Paskah ini. Tolonglah saya untuk mendekati-Mu dengan kerendahan hati sebenar dan membenarkan-Mu untuk memangkas saya mengikut kehendak-Mu. Amin. 

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.   

More

Kami berterima kasih kepada Susan Narjala kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.susannarjala.com