Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

HARI 5 DARIPADA 40

Membesar dalam persekitaran gereja formal, liturgi perjamuan kudus termasuk ayat yang baru dibacakan. Pada hari Ahad perjamuan kudus, pastor kami akan memakai kasok yang lebih berhias. Suaranya lebih bersifat lirik daripada biasa semasa ia membaca ayat tersebut.

Mengenang kembali, dalam fikiran berusia lapan tahun saya, perjamuan kudus bermaksud kebakitan yang lebih panjang dan makan tengah hari yang lewat (mengeluh!)

Sungguh-sungguhlah, setelah terlibat dalam perjamuan demi perjamuan, ada kalanya ia menjadi satu ritual sahaja. Walau bagaimanapun, ketika kita melihat perjamuan kudus yang pertama yang dikongsi oleh Yesus dengan murid-murid-Nya, kita melihat betapa berkuasanya peristiwa itu.

Yesus berbicara tentang kematian-Nya. Dia berbicara tentang tubuh-Nya yang akan diserahkan untuk kita. Dia berbicara tentang darah-Nya yang akan dicurahkan. Kemudian, Dia bersyukur. 

Yesus mengucapkan syukur semasa Dia berbicara tentang kematian-Nya. 

Itulah Allah kita. Salib-Nya merupakan jemputan kasih kurnia kepada dunia yang kecewa dan tidak berdaya. 

Itulah sebabnya mengapa perjamuan kudus juga dipanggil Eukaris, yang bermaksud "kesyukuran". Kita menerima hadiah kasih kurnia-Nya. Kita hanya perlu membalas dengan kesyukuran kita. Kita tidak perlu berkelakuan lebih baik. Kita tidak perlu bersusah payah. Kita tidak perlu berusaha untuk memperoleh keselamatan kita.

Perjamuan Terakhir ialah peringatan yang baik bahawa kita hanya perlu menerima hadiah keselamatan yang percuma dengan hati yang penuh syukur dan rendah hati.

Pengukuhan

Pernahkah saya rasa seolah-olah saya perlu berusaha untuk memperoleh keselamatan saya? Apakah yang menghalang saya daripada menerima hadiah percuma Yesus? Adakah saya memandang sakramen perjamuan kudus sebagai kerja yang membosankan dan ritual ataupun adakah saya memandangnya sebagai peringatan kuat akan kasih kurnia Allah?

Pemaduan

Tuhan Yesus, ada kalanya saya menjadi lali terhadap keluasan kasih kurnia-Mu. Semasa saya merenungkan tentang Perjamuan Terakhir, saya terpegun dengan kenyataan bahawa Engkau mengucapkan syukur bagi roti dan wain yang mewakili tubuh-Mu dan darah-Mu. Terima kasih Tuhan kerana korban-Mu. Saya tidak memahami sepenuhnya hal ini tetapi saya menerima ini dengan hati kesyukuran. Amin.

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.   

More

Kami berterima kasih kepada Susan Narjala kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.susannarjala.com