Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Tiga kali. Doa yang sama. Yesus pastinya mengetahui bahawa Bapa-Nya mendengar setiap doa-Nya. Mereka berkongsi keakraban yang tidak mungkin difahami oleh manusia. Bapa dan Anak merupakan sebahagian daripada Tritunggal, Allah yang sama. Jadi, mengapakah Yesus perlu mendekati Bapa-Nya tiga kali untuk mengatakan hal yang sama?
Mungkin untuk menunjukkan kepada kita bahawa kita perlu terus berdoa sehingga kita mengalami ketenangan yang hanya dapat diberikan oleh-Nya. Yesus berbuat demikian. Dia mencurahkan segala sesuatu yang membebani hati-Nya dalam doa. Sesudah Dia menemukan penyerahan yang dipenuhi sukacita, Dia bangkit dan meneruskan perjalanan-Nya dengan ketaatan sepenuhnya.
Seperti Yesus, kita juga berhak mencurahkan hati kita dalam doa yang tetap. Ini bukanlah untuk mendesak Allah untuk memperoleh apa yang kita inginkan. Ini bertujuan belajar untuk bergantung pada-Nya sepenuhnya. Seperti Yesus, kita bangkit dengan kesedaran bahawa Allah telah mendengar kita dan bahawa kita sudah memiliki kemenangan.
Pengukuhan
Apakah yang membebani hati saya sekarang ini? Adakah saya membawanya kepada Allah dalam doa? Adakah saya mengalami ketenangan-Nya? Adakah saya bergerak maju dalam ketaatan?
Pemaduan
Allah Bapa, Terima kasih kerana keistimewaan luar biasa untuk berseru kepada-Mu dalam doa. Terima kasih kerana contoh Yesus yang mendekati-Mu secara terus. Tolonglah saya untuk bertabah dalam doa sehingga saya mengalami ketenangan dan pengukuhan dalaman dalam batin saya. Amin.
Kitab
Perihal Pelan

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.
More