Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Ia merupakan pengkhianatan yang terbesar – seorang manusia yang tidak berdosa diserahkan untuk hukuman mati oleh seseorang yang mendakwa ialah sahabat dan pengikutnya.
Walau bagaimanapun, dalam semua ini, hal yang betul-betul menarik minat saya ialah kenyataan Yesus kepada Yudas semasa ia datang dengan sekumpulan orang yang marah dan salah. Yesus cuma berkata, "Hai Sahabat, lakukanlah maksud engkau datang ini."
Dia memanggil Yudas "sahabat." Saya rasa Yesus tidak memandang ringan istilah itu. Dia ialah Allah kasih. Alkitab menyatakan dalam Roma bahawa, ketika kita masih berdosa, Allah telah mendamaikan kita dengan diri-Nya melalui kematian Anak-Nya. Alkitab Message mengungkapkannya seperti ini, "when we were at our worst, we were put on friendly terms with God by the sacrificial death of his Son (dalam keadaan kita yang paling teruk, kita berbaik-baik dengan Allah melalui kematian korban Anak-Nya)."
Yesus memanggil kita sahabat-Nya, meskipun ketika kita terus berdosa. Marilah kita melihat ini sebagai panggilan untuk memuja-Nya kerana kasih yang tidak mungkin kita fahami sepenuhnya.
Pengukuhan
Bagaimanakah saya melihat peranan saya dalam naratif perdamaian? Adakah saya rasa saya menyumbang kebenaran kepada hal ini yang "membantu" keadaan saya? Ataupun, adakah saya menyedari bahawa semua ini terjadi hasil daripada Allah yang murah hati yang menerima orang berdosa sebagai sahabat-Nya?
Pemaduan
Bapa di syurga, Roh-Mu mendorong saya untuk bertaubat, kasih-Mu membuat saya mendekati-Mu dalam keremukan saya, Anak-Mu menebus saya melalui kematian-Nya di Salib. Tolonglah saya agar jangan sesekali membuat anggapan. Amin.
Kitab
Perihal Pelan

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.
More