Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Dalam tempoh beberapa jam, Yesus mengalami kesakitan dan ketidakadilan yang tidak harus dilalui oleh siapa-siapa. Terutamanya satu-satunya orang yang tidak berdosa di dunia ini.
Dia telah dikhianati oleh Yudas, ditahan oleh sekumpulan orang, ditinggalkan oleh murid-murid-Nya, disangkal oleh Petrus, dihadapkan ke mahkamah yang menghujani Dia dengan soalan yang mencela dan tuduhan palsu. Dia diserang, ditutup mata-Nya dengan kain, diludahi, ditampar dan ditumbuk. Semua ini berlaku sebelum Dia mengangkat salib ke Golgota.
Imam Agung kita ini bukanlah imam yang tidak dapat bersimpati terhadap segala kelemahan kita. Yesus pernah dicubai dalam segala hal seperti kita sendiri, tetapi Dia tidak berbuat dosa.
Semasa kita mengharungi waktu yang sukar, memanglah dangkal untuk mengatakan bahawa "Allah tidak faham." Kerana Dia faham. Dia mengalami setiap pertempuran fizikal, rohani dan emosi yang ada – dan Dia menang.
Pengukuhan
Kadang kala, adakah saya rasa seolah-olah Allah tidak "faham"? Apakah yang perlu saya ingat pada waktu seperti itu? Apakah pujian yang boleh saya angkat kepada Allah hari ini?
Pemaduan
Yesus, Engkau mengalami setiap jenis penderitaan demi saya. Terima kasih kerana Engkau duduk di sebelah kanan Bapa sekarang ini dan berdoa syafaat bagi pihak kita. Terima kasih kerana Engkau faham. Amin.
Kitab
Perihal Pelan

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.
More