Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

HARI 18 DARIPADA 40

Dia yang merupakan Pembela kita tidak membela diri-Nya. Dia yang merupakan Pendoa Syafaat kita tidak mempertahankan diri-Nya. Dia yang merupakan Pelindung kita dan Benteng kita tidak cuba melindungi diri-Nya.

Dia memilih untuk menjadi lemah supaya kita boleh mencapai kemenangan.

Pilatus berdiri di hadapan Raja yang tidak diduga, berbelah bagi antara apa yang harus dilakukannya dan tekanan orang ramai di luar. Gabenor Roma ini teragak-agak memilih antara gerombolan yang berkelahi dan Yesus. Ia berasa runsing. 

Sebaliknya, Yesus berperawakan seperti raja. Dia tahu apa yang bakal berlaku dan Dia tidak berasa gentar tentang keputusan-Nya untuk meneruskannya. 

Dalam injil Yohanes, Pilatus menanya Yesus, "Tidakkah Kamu tahu aku berkuasa untuk menyalib-Mu atau membebaskan-Mu?"

Yesus merasa senang semasa Dia menjawab, "Kamu tidak mungkin mempunyai kuasa langsung ke atas-Ku kecuali diberikan kepadamu dari atas."

Yesus berharap pada kedaulatan Allah. Walaupun Dia betul-betul manusia, Dia tidak membenarkan keraguan dan ketakutan untuk menguasai-Nya dan Dia juga tidak mempertahankan diri untuk mengelakkan perbicaraan itu. Sebaliknya, Dia mempercayai bahawa Bapa-Nya berkuasa sepenuhnya. Dia melihat gambaran keseluruhan. Gambaran yang menyeluruh. Dia memandang semua hal daripada perspektif keabadian – dan menyerahkan nyawa-Nya untuk kita.

Pengukuhan

Adakah saya berharap pada kedaulatan Allah? Ataupun, adakah saya takut akan masa depan saya? Adakah saya membenarkan Allah untuk menjadi Pembela saya atau adakah saya merasakan keperluan berterusan untuk membela diri sendiri?

Pemaduan

Bapa di syurga, Terima kasih kerana contoh Yesus yang berdiam di hadapan pihak berkuasa. Terima kasih kerana Dia telah menunjukkan kepada kita maksud mempercayai kedaulatan-Mu dan berharap pada janji-Mu. Terima kasih kerana hadiah yang terbaik – hidup kekal dalam Yesus. Amin.

Hari 17Hari 19

Perihal Pelan

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.   

More

Kami berterima kasih kepada Susan Narjala kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.susannarjala.com