Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

HARI 22 DARIPADA 40

Yesus berkata, “Ya Bapa, ampunilah mereka! Mereka tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka."

Meskipun semasa paku diketuk atas tangan dan kaki Yesus, Dia mengucapkan kata-kata ini. Dengan setiap ketukan tukul.

Adakah askar Roma itu berasa sedih? Adakah orang Farisi berasa sesal? Adakah mereka meminta maaf?

Tidak.

Walau bagaimanapun, Yesus menawarkan pengampunan. Pengampunan unilateral atau pengampunan sehala. Dia tidak memerlukan mereka untuk berasa sedih atau memohon pengampunan. 

Dia menunjukkan maksudnya melepaskan hak anda. Termasuk hak anda untuk mengambil tindakan balas. 

Dengan berbuat demikian, Dia mati tanpa rasa geram. Dia mengucapkan kata-kata itu dengan kuat untuk menunjukkan kepada kita maksudnya membebaskan orang lain daripada ikatan kemarahan, juga membebaskan diri sendiri daripada periuk tekanan kepahitan.

Pengukuhan

Siapakah yang saya perlu maafkan sebagaimana Kristus telah mengampunkan saya? Sanggupkah saya melepaskan hak saya untuk mengambil tindakan balas? Adakah saya mempercayai Allah untuk membela saya dan perjuangan saya?

Pemaduan

Allah Bapa, saya tidak patut menerima pengampunan yang Engkau berikan dengan rela melalui Anak-Mu. Saya berdoa agar Engkau menolong saya melepaskan hak saya untuk menjadi betul, dan hak saya untuk mengambil tindakan balas. Tolonglah saya untuk menyedari bahawa apabila saya membebaskan orang lain dengan memaafkan mereka, saya sebenarnya membebaskan diri untuk menjalankan hidup yang lebih penuh dan bebas. Amin.

Hari 21Hari 23

Perihal Pelan

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.   

More

Kami berterima kasih kepada Susan Narjala kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.susannarjala.com