Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Yesus tahu bahawa sekarang semuanya sudah selesai, dan supaya apa yang tertulis di dalam Alkitab berlaku, Dia berkata, “Aku dahaga.”
Yesus tergantung pada salib kayu itu, tercungap-cungap. Dia tahu semuanya akan selesai dan berseru kesakitan, "Aku dahaga."
Mengapa?
Mungkin ada sebab teologi yang mendalam. Barangkali Dia merujuk kepada jiwa-Nya yang teringin membawa orang ke dalam kerajaan.
Namun, saya rasa pada waktu ini, Dia berseru kehausan dan menunjukkan kemanusiaan-Nya. Ya, Dia betul-betul Allah. Walau bagaimanapun, Dia juga betul-betul manusia. Dia mengalami penyeksaan dalam daging-Nya. Dia menderita sebagai manusia demi membebaskan seluruh bangsa manusia.
Dia yang merupakan Air yang Memberikan Hidup kini menyatakan kedahagaan-Nya yang amat sangat.
Yesus menerima keperluan-Nya untuk air. Dia melepaskan hak-Nya untuk menjadi lemah demi menjangkau bangsa manusia yang menderita.
Pengukuhan
Adakah saya berkelakuan seolah-olah saya tidak bermasalah? Adakah saya menyedari bahawa bersikap lemah tidak menjadikan saya lemah? Adakah saya mendekati Air yang Memberikan Hidup demi mencurah ke dalam hidup orang lain?
Pemaduan
Yesus, saya kagum akan Engkau semasa saya mengingati betapa lemahnya Engkau demi saya. Bahawa Engkau – Air yang Memberikan Hidup – menyatakan kehausan-Mu supaya saya dapat mengaitkan diri dengan-Mu. Engkau menderita sebagai manusia. Engkau merasai setiap pukulan, setiap sebatan, setiap paku sebagai manusia. Saya sujud dengan hormat. Amin.
Kitab
Perihal Pelan

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.
More