Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

HARI 30 DARIPADA 40

Sesungguhnya waktu yang dramatik. Tirai di bait suci koyak dari atas sampai ke bawah, sehingga menjadi dua helai.

Tirai itu – yang memisahkan Tempat Yang Maha Suci dan penyembah – ialah kain yang sangat berat. Berdasarkan catatan sejarah, tirai itu sepanjang 45-60 kaki dan setebal kira-kira 4 inci. Ini bukanlah kain yang tipis. Tirai itu koyak dari atas sampai ke bawah. 

Pengoyakan tirai itu bersifat luar biasa dan menunjukkan kenyataan bahawa kematian Yesus telah memberikan kita - bangsa manusia yang remuk dan berdosa - hak untuk memasuki Tempat Yang Maha Suci dan menjalinkan hubungan dengan Allah.

Barangkali kita harus menanya diri apakah tirai atau vel yang menyelubungi kita. Apakah yang menghalang kita daripada bersekutu secara dekat dengan Allah?

Mungkinkah masa silam saya terlalu keruh? Ataupun saya harus mengurus hal saya dahulu? Adakah tirai itu bermaksud saya masih mencintai hal duniawi? 

Kita perlu mempercayai bahawa tirai itu sudah koyak. Ibrani 10:19-20 menyatakan bahawa orang yang beriman memasuki bilik maha suci itu "melalui darah Yesus, melalui jalan yang baru dan hidup, yang dibukakan-Nya untuk kita, menerusi tirai, iaitu tubuh-Nya." 

Tubuh Yesus diserahkan supaya semua orang boleh memasuki bilik maha suci itu.

Selagi kita menutup tirai itu, kita tidak mungkin melihat keindahan Tuhan.

Pengukuhan

Apakah yang menghalang saya daripada memasuki Tempat Yang Maha Suci? Apakah tirai yang menyelubungi saya? Adakah saya mendekati takhta kasih kurnia dengan yakin?

Pemaduan

Allah Bapa, Terima kasih kerana Engkau amat mengasihi dunia ini sehinggakan Engkau mengutus Anak tunggal-Mu. Terima kasih kerana Dia menjadi vel yang koyak supaya kita boleh memasuki Tempat Yang Maha Suci. Amin.

Hari 29Hari 31

Perihal Pelan

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.   

More

Kami berterima kasih kepada Susan Narjala kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.susannarjala.com