Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

HARI 35 DARIPADA 40

Kita ingat pemerkasaan wanita ialah fenomena baru-baru ini. 

Saya percaya bahawa Allah merupakan penyokong persamaan hak sejak Dia mencipta Adam dan Hawa (status yang sama tetapi peranan yang berbeza). Walau bagaimanapun, dalam petikan hari ini, kita melihat bagaimana Allah mengambil norma masyarakat dan mengetepikannya dengan lambaian tangan-Nya. 

Bukan kebetulan bahawa wanita ialah kumpulan yang mendapati kubur itu kosong. Peristiwa ini ditakdirkan oleh Allah. Ini menunjukkan Allah menyatakan kepada kita bahawa kaum wanita adalah berharga bagi kerajaan-Nya. Allah mengambil tertib dunia dan menterbalikkannya.

Dari segi budaya, wanita pada zaman itu harus kekal di sebalik tabir. Namun Allah memulihkan mereka kepada peranan mereka yang betul sebagai peserta dalam kerajaan-Nya. Dia memberikan wanita di kubur itu tugas penting menjadi saksi-Nya yang pertama.

Pengukuhan

Adakah saya melihat diri sendiri dan kaum wanita yang lain sebagai bahagian yang penting dalam kerajaan Allah di dunia ini?

Pemaduan

Bapa di syurga, Terima kasih kerana tempat kehormat yang Engkau berikan kepada kaum wanita dalam Firman-Mu. Sekarang ini, kaum wanita nampaknya berjuang untuk didengar, dilihat dan diakui. Namun, saya bersyukur kepada-Mu kerana Engkau melihat kami, Engkau mendengar kami dan Engkau memperkasakan kami dengan tugas penting kerajaan-Mu. Amin. 

Hari 34Hari 36

Perihal Pelan

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.   

More

Kami berterima kasih kepada Susan Narjala kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.susannarjala.com