Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Kumpulan wanita itu tidak dapat mempercayai apa yang mereka lihat itu. Ataupun, apa yang mereka tidak lihat. Tiada mayat di kubur itu. Malaikat itu memberitahu mereka bahawa Yesus telah bangkit. Benarkah? Mereka berlari pulang untuk memberitahu murid-murid Yesus, dengan teruja dan takut.
Pada ketika itulah Yesus menemui mereka. Keadaan iman mereka tidaklah baik. Alkitab mencatatkan bahawa mereka masih berasa takut. Walau bagaimanapun, Yesus menemui mereka pada keadaan mereka itu. Dia tidak menunggu masa apabila ukuran iman mereka adalah tinggi. Dia menemui mereka semasa mereka masih berfikir-fikir tentang pengalaman mereka.
Satu-satunya hal yang dapat dilakukan oleh wanita itu ialah sujud menyembah-Nya.
Pengukuhan
Adakah saya rasa saya perlu memiliki hidup yang sempurna dan iman yang sempurna sebelum saya dapat menjalinkan hubungan yang sebenar dengan Yesus? Apakah respons saya apabila Yesus menemui saya semasa saya memerlukan pertolongan?
Pemaduan
Allah yang Maha Pengampun, saya mendekati-Mu dalam penyembahan kerana Engkau menemui saya di tempat saya. Engkau mengetahui hati saya dan Engkau tahu saya tidak mungkin 100% betul. Namun, itulah sebabnya Engkau mengutus Anak-Mu untuk mati demi saya – kerana semua orang sudah berdosa dan jauh daripada-Mu. Amin.
Kitab
Perihal Pelan

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.
More