Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Semasa menutup bahagian tentang kenyataan Yesus di Salib, marilah kita meluangkan masa untuk seni renungan Kristian yang hilang.
Ini bukanlah pengosongan fikiran. Tidak juga kata-kata tidak bermakna yang diulang-ulang. Ini melibatkan merenungkan Firman Allah. Ini bermaksud memikirkan dan menyelami Firman yang kita sematkan dalam hati kita. Ini bukanlah asetisisme mistik yang baru.
Inilah yang dikatakan oleh Daud dalam Mazmur semasa ia menyatakan "berbahagialah" orang yang "suka mentaati Taurat TUHAN dan merenungkannya siang malam" (Mazmur 1:2)
Hari ini, luangkan beberapa minit untuk memerhatikan kata-kata terakhir Yesus yang telah kita baca dalam tujuh renungan sebelumnya.
Dengarlah atau nyanyikan lagu puja yang digubah oleh Isaac Watts ini dengan kuat:
Memandang salib rajaku
yang mati untuk dunia,
Kurasa hancur congkakku
dan harta hilang harganya.
Tak boleh aku bermegah
selain di dalam salib-Mu,
Kubuang nikmat dunia
demi darah-Mu yang kudus.
Berpadu kasih dan sedih
mengalir dari luka-Mu,
mahkota duri yang pedih
menjadi keagungan-Mu.
Andaikan jagad milikku
Dan kuserahkan pada-Nya
Tak cukup bagi Tuhanku
Diriku yang diminta-Nya
Pemaduan
Bapa di syurga, saya merenungkan kata-kata ini: "Berpadu kasih dan sedih". Tidak pernah ada, dan tidak mungkin wujud lagi, penggabungan kasih dan korban yang sungguh memilukan namun berkuasa seperti itu. Salib merupakan tanda aras bersejarah. Tolonglah saya untuk tidak lupa akan kedalaman korban-Mu semasa mengutus Yesus sebagai Anak Domba Paskah yang Sempurna yang menebus saya untuk selama-lamanya. Amin.
Kitab
Perihal Pelan

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.
More