Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

HARI 28 DARIPADA 40

Lalu Yesus berseru dengan suara lantang, “Ya Bapa, Aku serahkan diri-Ku ke dalam tangan-Mu!” Setelah berkata demikian, Dia pun meninggal.

Kenyataan penutup yang melambung-lambung. Ia bukanlah pengisytiharan "Aku sudah melakukannya". Ia bukanlah wacana teologi. 

Ia merupakan kepercayaan Anak terhadap Bapa-Nya yang baik. Yesus menunjukkan maksudnya mempercayai Allah 100 peratus. Yesus menunjukkan bagaimana Dia telah melepaskan hak-Nya untuk hidup. Yesus menunjukkan kita bagaimana mati.

Dr. William Barclay menulis, "Yesus mati dengan ucapan doa. 'Ya Bapa, Aku serahkan diri-Ku ke dalam tangan-Mu.' Ini merupakan Mazmur 31:5 dengan satu perkataan tambahan: Bapa. Ia menunjukkan bahawa selepas seruan-Nya, "Ya Allah-Ku, ya Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?” Yesus kini memanggil Allah sebagai "Bapa" semula, menjalinkan semula kemesraan dalam Tritunggal.

Dia mati dengan kedamaian sempurna menyerahkan diri-Nya kepada Dia yang mengetahui hal yang terbaik. 

Pengukuhan

Apakah yang Allah minta saya untuk serahkan kepada-Nya? Adakah saya mempercayai masa depan yang tidak diketahui dalam Allah yang diketahui? 

Pemaduan

Allah Bapa, Terima kasih kerana kemesraan dengan Bapa yang ditunjukkan oleh Kristus pada waktu terakhir-Nya di salib. Terima kasih kerana kedamaian yang dialami-Nya semasa menghembuskan nafas terakhir-Nya – kedamaian yang tersedia untuk semua orang yang percaya. Tolonglah saya untuk mempercayai-Mu dengan hari esok dan keabadian. Amin.

Hari 27Hari 29

Perihal Pelan

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.   

More

Kami berterima kasih kepada Susan Narjala kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.susannarjala.com