Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

HARI 27 DARIPADA 40

Yesus mengecapnya lalu berkata, “Sudah selesai!” Setelah itu Dia menundukkan kepala dan meninggal.

Dua patah perkataan itu – Sudah selesai (It is finished) – merupakan pengisytiharan kemenangan

Yesus menggunakan sintaksis ayat yang agak pelik. Tatabahasa yang betul seharusnya: Ia telah diselesaikan (It has been finished). 

Walau bagaimanapun, Yesus dengan sengajanya berkompromi tentang tatabahasa-Nya untuk menyatakan bahawa kesan pengorbanan-Nya tahan selama-lamanya. Dia ialah untuk hari ini. Pengorbanan-Nya ialah untuk sekarang ini, seperti pada waktu itu. 

Yesus telah melengkapkan misi-Nya ke dunia ini. Ia diselesaikan dengan sempurna. Dia telah mencurahkan hidup-Nya sehingga mati. Dia memungkinkan manusia yang berdosa untuk menjalinkan hubungan yang kekal dengan Allah yang Kudus.

Tiada apa-apa yang perlu ditambahkan. Tiada perbuatan baik. Tiada lagi korban. Inilah kemenangan yang terbesar bagi bangsa manusia. Kemenangan atas dosa dan kematian. 

Pengukuhan

Adakah saya percaya bahawa saya telah menang atas dosa kerana Salib? Ataupun, adakah saya rasa tidak cukup kuat untuk mengatasi arus kehinaan yang dibawa oleh dunia ini? Adakah saya berpaut pada Salib untuk kemenangan harian atas dosa dan bukan untuk keselamatan sahaja?

Pemaduan

Allah Bapa, Ada kalanya, saya mengamalkan dosa tabiat. Saya lupa bahawa Engkau telah mencapai kemenangan. Tolonglah saya untuk memahami bahawa "sudah selesai". Saya hanya perlu menerima hadiah itu dan berharap dalam apa yang telah Engkau capai. Amin.

Hari 26Hari 28

Perihal Pelan

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.   

More

Kami berterima kasih kepada Susan Narjala kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.susannarjala.com