Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Magnitud penyaliban Yesus dicerminkan dalam alam semula jadi. Kegelapan menyelubungi tempat itu, bumi bergoncang, gunung batu terbelah.
Orang yang menyaksikan ini pasti tidak mengatakan semua ini berlaku secara kebetulan. Alam semula jadi menggemakan kemusnahan waktu itu.
Ketua askar dan konconya seolah-olah tertahan ketakutan, akhirnya mengakui bahawa Yesus ialah Anak Allah.
Walau bagaimanapun, mengakui kenyataan itu dan menempatkan kepercayaan dalam Yesus ialah dua perkara yang berbeza sama sekali. Sebenarnya, Iblis juga mengakui bahawa Yesus ialah Anak Allah. Apa yang anda lakukan dengan pengakuan itulah yang menentukan kehidupan anda sekarang dan untuk selama-lamanya.
Alam semula jadi bersaksi tentang kuasa Allah. Dalam Roma 1, Paulus menulis: Sejak Allah menciptakan dunia, sifat-sifat Allah yang tidak kelihatan, baik kuasa-Nya yang kekal mahupun keadaan-Nya sebagai Allah, dapat difahami oleh manusia melalui segala yang sudah diciptakan-Nya. Oleh itu manusia sama sekali tidak mempunyai dalih untuk membela diri.
Jangan kita berhenti mengkhabarkan, "Dia betul-betul Anak Allah!" Marilah kita katakan dengan penuh suka cita bahawa Dia betul-betul Allah saya.
Pengukuhan
Apakah yang saya lakukan dengan pengetahuan saya akan Allah? Adakah ia mengubah cara hidup saya?
Pemaduan
Allah yang Maha Pengampun, ada kalanya saya terlalu tertumpu pada pengetahuan yang dipelajari. Ia tidak diterjemahkan kepada pengetahuan hati. Saya tidak membenarkan kebenaran-Mu untuk mengubah saya. Ampunkan saya kerana tidak peka dan bersahaja tentang Firman-Mu. Amin.
Kitab
Perihal Pelan

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.
More