Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Pada pukul tiga petang, Yesus berseru dengan suara lantang, “Eli, Eli, lama sabakhtani?” yang bererti, “Ya Allah-Ku, ya Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?”
Seruan keterbiaran ini adalah sesuatu yang kita tidak mungkin faham sepenuhnya. Ini merupakan seruan dalam peribadi Allah Tritunggal.
Penerangan yang saya pernah dengar ialah, Yesus begitu dicacati dosa seluruh dunia masa lepas, masa sekarang dan masa depan, sehinggakan Allah, Bapa, terpaksa memalingkan muka-Nya daripada Anak kesayangan-Nya. Bagi saya, Dia tidak tahan memandang kehinaan dunia yang ditanggung oleh Domba Allah yang kudus dan tidak bercacat-cela.
Ini ialah satu-satunya masa Yesus memanggil "Bapa" sebagai "Allah". Saya rasa kita tidak mungkin memahami dinamik pada waktu itu. Walau bagaimanapun, dalam kata-kata tersebut, kesepian yang amat sangat yang dialami oleh Yesus jelas diperhatikan. Yesus mengalami kemurkaan yang kita patut tanggung semasa Dia menanggung dosa kita. Yesus melepaskan hak hubungan rapat dengan Bapa-Nya.
Inilah sebabnya Dia menangis dan berdoa di Taman Getsemani.
Namun, di sebalik semua itu, ialah kenyataan bahawa Yesus menanggung Salib, kerana "kegembiraan yang menantikan-Nya", Dia tidak peduli bahawa mati pada kayu salib adalah suatu hal yang memalukan.
Pengukuhan
Adakah saya membenarkan kesepian dan pengabaian Salib untuk menyentuh hati saya?
Pemaduan
Yesus, saya tidak mungkin memahami waktu Engkau melaungkan seruan keterbiaran dalam kegelapan itu. Namun, disebabkan oleh kesepian yang Engkau alami, saya tidak perlu berjalan bersendirian lagi. Saya diterima kerana Engkau diabaikan. Saya diampunkan kerana Engkau dikutuk. Kasih kurnia yang menakjubkan, bagaimanakah perkara ini boleh berlaku? Amin.
Kitab
Perihal Pelan

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.
More