Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

HARI 21 DARIPADA 40

Dia disebut sepintas lalu sahaja. Namun, namanya disebut dalam Alkitab: seorang lelaki dari Kirene yang bernama Simon.

Sementara ia dipaksa oleh askar Roma untuk mengangkat Salib, adakah ia memutuskan secara rela untuk membantu Yesus?

Simon dari Kirene menjadi orang terakhir yang membantu Yesus apabila ia mengangkat Salib Yesus. Tanpa disedari, ia menerapkan ajaran Yesus bahawa sesiapa yang ingin mengikut-Nya mesti mengangkat salibnya. Dalam keadaan ini, ia bukanlah salib Simon, walau bagaimanapun ia mengorbankan sesuatu. Ia mungkin dipersendakan dan diejek. Ia mungkin disebat oleh askar Roma. Salib itu pastinya berat dan perjalanan itu panjang. Namun, ia berjalan dengan Yesus. Dan Yesus berjalan bersama dengannya. 

Sebagai orang terakhir yang menolong Yesus, Simon diingati oleh generasi akan datang. 

Tidak diragui, hidup Simon pastinya diubah selama-lamanya. Simon melihat Yesus dari dekat, luka-luka dan lebam-lebam, tetapi berjalan terhuyung-hayang. Tidak membantah sama sekali. 

Simon tidak mungkinnya tidak berubah selepas pertemuan itu.

Pengukuhan

Sanggupkah saya dimasukkan ke dalam cerita yang lebih besar daripada rancangan saya? Sanggupkah saya mengangkat salib saya dan mengikut Yesus atas jalan yang tidak diduga? Adakah saya mempercayai bahawa Dia akan berjalan bersama dengan saya?

Pemaduan

Yesus, saya kagum dengan ketabahan-Mu dan lemah lembut-Mu semasa Engkau berjalan ke Golgota. Meskipun pada waktu itu, saya percaya Engkau memberi. Engkau memberikan Simon peluang untuk pertemuan peribadi yang mendalam dengan-Mu. Engkau menyelitkan ceritanya ke dalam cerita-Mu yang lebih besar. Engkau telah mengubah hidup seorang pelawat yang tidak menarik ke Yerusalem ini dengan memasukkannya ke dalam cerita kasih yang terhebat dalam sejarah. Amin.

Hari 20Hari 22

Perihal Pelan

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.   

More

Kami berterima kasih kepada Susan Narjala kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.susannarjala.com