Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Ada kalanya, kita hanya perlu berhenti sejenak dan membiarkan kebenaran pahit itu meresap ke dalam otak kita.
Petikan hari ini tidak memerlukan penjelasan atau pembelajaran berasaskan pengalaman.
Ia memerlukan renungan penuh perasaan yang mendalam tentang semua hal yang ditanggung oleh Kristus untuk saya.
Ia menghendaki saya untuk tidak mengetepikan kekejaman peristiwa yang berlaku 2000 tahun lalu.
Ia mengarahkan saya untuk membenarkan Roh Kudus memahat kekerasan daripada hati saya.
Kira-kira 200 orang askar berkumpul di sekeliling Anak Allah dengan satu-satunya tujuan iaitu memalukan dan menyeksa Dia.
Adakah anda membaca bahawa mereka menyesah Dia? Itu bukan cambuk yang biasa. Kepingan logam dan tulang diikat pada cambuk itu. Banyak penjenayah yang disabitkan mati semasa disesah kerana daging mereka betul-betul koyak bersetai-setai.
Adakah anda membaca bagaimana mereka memukul kepala-Nya berulang kali? Dengan tongkat. Di bahagian kepala-Nya. Berulang kali.
Adakah anda membaca bagaimana mereka mengejek Dia? Setelah mempermainkan Dia dengan memakaikan jubah merah ungu pada-Nya, mereka membuat mahkota daripada ranting-ranting berduri dan mengenakannya pada kepala-Nya. Mereka mengutuk-Nya dan meludahi Dia.
Petikan hari ini tidak memerlukan penjelasan atau pembelajaran berasaskan pengalaman.
Ia memerlukan renungan penuh perasaan yang mendalam tentang semua hal yang ditanggung oleh Kristus untuk saya.
Pengukuhan
Adakah saya bersikap bersahaja dalam renungan saya akan penderitaan Kristus? Adakah saya membenarkan kebencian dan luka hari itu untuk mengubah siapa saya ini dan Milik siapanya saya sekarang ini?
Pemaduan
Tuhan Yesus, saya tidak mungkin memahami penyeksaan dan rasa hina yang Engkau lalui bagi pihak saya. Tapi hati saya bersyukur. Engkau sama sekali sempurna dan baik. Amin.
Kitab
Perihal Pelan

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.
More