Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

HARI 17 DARIPADA 40

Saya selalu membaca bahagian tentang ketua imam yang membeli tanah tukang periuk sepintas lalu. Walau bagaimanapun, baru-baru ini, ketidakmunasabahannya menarik perhatian saya. Pemikiran ketua imam yang salah dan terpesong itu memang tidak masuk akal. 

Mereka tidak mahu memasukkan harga darah ke dalam peti persembahan kerana ia "melanggar taurat." Sebaliknya, mereka menggunakan wang itu untuk pelaburan harta tanah. Ketua imam merupakan contoh klasik maksud mematuhi taurat, tetapi meneruskan hidup dengan hati yang keras.

Mereka mengambil berat tentang penampilan yang benar tetapi sebenarnya tidak mengambil berat tentang dibenarkan. Mereka memilih gangguan dan bukannya kesesalan.  

Ada kalanya, kita hanya ingin menandakan semua petak yang memberikan kita penampilan tertentu. Kita tidak membenarkan Allah untuk menangani punca masalah atau mengubah kita dari dalam. Musuh kita suka membuat kita kekal dalam gelembung delusi ini supaya kita tidak berlutut di hadapan Allah.

Pengukuhan

Dalam lingkungan manakah saya menurut standard dunia dan hidup dengan sikap menganggap diri sendiri yang betul? Adakah saya lebih mengambil berat tentang rupa tindakan saya secara luaran atau tentang cara saya boleh berubah dari dalam? 

Pemaduan

Bapa di syurga, Tolonglah saya untuk menghabiskan masa dalam hadirat-Mu dan membenarkan cahaya-Mu untuk menerangi hidup saya. Dedahkan lingkungan di mana saya boleh berubah dengan kuasa Roh Kudus-Mu. Tolonglah saya untuk tidak menyembunyikan dosa saya di bawah lapisan gangguan, kesibukan atau tindakan menganggap diri yang betul yang bodoh. Amin.

Hari 16Hari 18

Perihal Pelan

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.   

More

Kami berterima kasih kepada Susan Narjala kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.susannarjala.com