Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

HARI 12 DARIPADA 40

Kesepian malam diganggu. Ketenangan Taman Getsemani hilang. Sekumpulan orang yang marah, membawa obor dan senjata, datang dengan satu tujuan: menahan Anak Allah.

Pergelutan berlaku dan salah seorang murid mengerat telinga seorang askar. Soalan tajam diajukan kepada Yesus. Kemudian, kumpulan itu "menangkap-Nya serta memegang Dia dengan kuat."

Di tengah-tengah keadaan kelam-kabut ini, ialah Yesus – contoh baik kuasa terkawal. Dia menunjukkan maksud sebenar kerendahan hati.

Ini bukanlah kelemahan. Seperti yang dikatakan oleh Yesus, Dia boleh meminta malaikat untuk menolong-Nya. Namun, Dia memilih untuk tidak berbuat demikian. 

Walaupun keadaan luaran kelihatan kelam-kabut – sekumpulan nelayan dan guru mereka ditakut-takuti oleh sekumpulan orang yang bersenjata – Yesus berkuasa atas situasi itu. Allah Berdaulat yang Maha Berkuasa menunjukkan bahawa kuasa sebenar diperlihatkan dengan mengetepikan hak anda untuk tujuan yang lebih besar. Yesus bukan sahaja rela menyerahkan hak-Nya, malah juga nyawa-Nya.

Pengukuhan

Dari segi apakah saya boleh menunjukkan kerendahan hati? Bolehkah saya mengetepikan hak saya demi kemuliaan Allah?

Pemaduan

Allah Penyelamat, apakah manusia itu sehingga Engkau ingat akan mereka? Mereka insan belaka, namun Engkau peliharakan mereka? Engkau cukup mengasihi kita sehinggakan Engkau mengetepikan hak-Mu. Engkau cukup mengasihi kita untuk menanggung penghinaan dan penyeksaan yang dahsyat. Engkau menunjukkan kuasa yang sempurna melalui kerendahan hati-Mu. Tolonglah saya untuk mengetepikan hak saya berdasarkan korban-Mu. Amin. 

Hari 11Hari 13

Perihal Pelan

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.   

More

Kami berterima kasih kepada Susan Narjala kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.susannarjala.com