Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

HARI 7 DARIPADA 40

Babak dalam bacaan hari ini beralih daripada Bilik di Tingkat Atas ke Taman Getsemani. Suasana menjadi lebih muram dan lebih suram. Yesus memanggil tiga orang murid-Nya yang paling rapat dan mengarahkan mereka untuk berdoa bersama dengan-Nya. 

Sementara saya pernah memikir-mikirkan kesengsaraan Yesus di taman itu sebelum ini, saya tidak pernah memikirkan kenyataan bahawa Dia telah menjemput kawan-kawan-Nya untuk bersedih bersama dengan-Nya dan berdoa dengan-Nya.

Allah alam semesta ini tidaklah memerlukan mereka. Dia bukannya tidak tahu mereka akan tertidur dan tidak berdoa.

Walau bagaimanapun, dengan berkongsi kesedihan-Nya dengan mereka, Yesus jelasnya menunjukkan bahawa memanglah okey untuk berkongsi beban hati anda dengan orang lain. Sementang-mentang anda memiliki Allah dalam hidup anda tidak bermaksud anda harus tenang dan yakin, tabah dan kebal. Memanglah tidak apa untuk berkata, "Hei, bolehkah kamu menyertai saya?" dan memberikan seseorang yang lain peluang untuk berdoa dengan anda dan untuk anda.

Yesus menunjukkan keterbukaan yang indah semasa Dia menjemput murid-murid terdekatnya untuk menyertai-Nya.

Tidak, kita tidak bergantung sepenuhnya pada orang yang dikasihi. Kita tidak juga bertindak seolah-olah iman melenyapkan mereka.

Pengukuhan

Apakah yang saya cuba uruskan bersendirian sekarang ini? Adakah Allah menunjukkan orang tertentu yang saya boleh berkongsi seksaan jiwa saya dan impian saya? Adakah saya sanggup dijemput berkongsi beban orang lain, meskipun ini bermaksud saya perlu mengorbankan masa dan usaha saya?

Pemaduan

Bapa di syurga, tolonglah saya untuk memahami kenyataan bahawa meminta pertolongan atau meminta untuk didoakan tidak mengurangkan iman saya. Tolonglah saya untuk menjadi cukup rendah hati untuk menjemput orang lain yang dipercayai untuk menyertai saya dalam perjalanan iman saya. Amin.

Hari 6Hari 8

Perihal Pelan

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.   

More

Kami berterima kasih kepada Susan Narjala kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.susannarjala.com