Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

HARI 8 DARIPADA 40

Bacaan hari ini terdiri daripada satu ayat sahaja. Walau bagaimanapun, beberapa patah perkataan ini sarat dengan emosi. Kita melihat Yesus bersendirian di Taman Getsemani, berseru kepada Bapa-Nya. 

Dengan emosi yang menyentuh perasaan, Yesus berseru, "Ya Bapa, jika boleh, jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku…"

Dia terbongkok kesakitan. Kita melihat kemanusiaan-Nya. Dia bakal mengalami penyeksaan fizikal yang tidak terbatas. Lebih teruk lagi, Dia sedar bahawa Dia akan mengalami keterasingan yang tidak pernah dialami – apabila Bapa-Nya memalingkan muka semasa Yesus menanggung kehinaan dan dosa dunia ini. 

Dia terus berdoa. "Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak Bapa sahaja."

Ini merupakan waktu manusia dan tuhan bersatu dalam satu tindakan penyayang dan ketaatan yang terbesar. 

Allah menjadikan Dia yang tidak mengenal dosa menjadi penanggung dosa untuk kita, supaya dalam Dia kita diperbenar oleh Allah. Kasih kurnia yang tidak terbatas. Perkenanan yang tidak patut diberi. 

Tidak ada lagi hukuman yang ditakuti. Yesus, dan keseluruhan-Nya, milik saya. 

Pengukuhan

Apakah respons saya terhadap ketaatan Yesus kepada Allah Bapa? Apakah respons saya terhadap kesakitan-Nya di taman itu? Adakah saya berlutut menyembah di hadapan Allah yang memang mengetahui perjalanan derita yang bakal dilalui-Nya tetapi tetap menghadapinya? Adakah saya membenarkannya untuk menjadi satu penyataan peribadi bagi hidup saya?

Pemaduan

Yesus yang baik, saya sama sekali tidak dapat memahami waktu di Taman Getsemani itu. Engkau bersendirian pada malam yang gelap itu. Namun, itu tidak ada apa-apa berbanding dengan keterasingan yang Engkau alami di salib. Walau bagaimanapun, Engkau memilih untuk tetap taat. Engkau menunjukkan kasih-Mu bagi kemanusiaan yang kecewa dengan mengatakan, "melainkan kehendak Bapa sahaja." Saya tunduk dengan rasa kagum. Amin.

Hari 7Hari 9

Perihal Pelan

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.   

More

Kami berterima kasih kepada Susan Narjala kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.susannarjala.com