Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

HARI 6 DARIPADA 40

Bagus, Petrus. Ia ialah seorang kawan yang setia. Ia dipenuhi keghairahan dan semangat untuk kerajaan Allah. Ia tidak mungkin membayangkan bahawa ia akan meninggalkan kawan karib dan gurunya, Yesus. Petrus menafikan penyangkalannya yang akan berlaku. 

Dalam Matius 26 ayat 33, kita membaca kata-kata Petrus: Meskipun semua yang lain meninggalkan Guru, saya tidak akan berbuat demikian.

Ia begitu yakin akan dirinya dan kesetiaannya. 

Itulah masalahnya. Petrus, mungkin, bergantung pada keupayaan sendiri untuk berdiri teguh di tengah-tengah tekanan.

Ini mengingatkan kita tentang peringatan dalam 1 Korintus di mana Alkitab meramalkan falasi keyakinan diri ini: Sesiapa yang menyangka dirinya berdiri teguh, hendaklah berwaspada supaya tidak jatuh.  

Bagaimana kalau daripada memberikan respons terhadap nubuatan Yesus tentang penyangkalannya dengan "Saya? Mustahil!" Petrus harus berkata dengan rendah hati, "Saya? Betulkah? Bolehkah Engkau menunjukkan bagaimana saya boleh tetap bertabah kerana bersendirian saya rasa amat lemah."

Kelemahan di hadapan Allah ialah tempat yang selamat. Ini merupakan langkah pertama dalam pertumbuhan iman. 

Pengukuhan

Adakah saya rasa hebat dalam iman saya dan menganggap saya tidak mungkin jatuh? Adakah saya rela bersifat lemah di hadapan Allah dan memohon kekuatan luar biasa daripada-Nya dalam perjalanan saya kerana bersendirian saya tidak mungkin berjaya?

Pemaduan

Bapa, saya tidak mahu menjalankan hidup ini tanpa bergantung pada-Mu. Dalam-Mu saya hidup dan bergerak dan ada di dunia ini. Saya tidak dapat berdiri teguh melainkan saya berdiri di atas Batu yang lebih tinggi daripada diri saya. Terima kasih Bapa kerana Engkau menjadi Batu saya. Amin.

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Journeying With Jesus - 40 Days Lent Devotional

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.   

More

Kami berterima kasih kepada Susan Narjala kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.susannarjala.com