Berjalan Dengan Yesus - Renungan Pra-Paskah 40 HariSampel

Sangat berbeza daripada Maria dalam renungan semalam, ialah Yudas. Maria terkenal kerana penyembahan berlebih-lebihannya; Yudas pula terkenal kerana pengkhianatannya. Maria tidak menghitung kos penyembahan dan menghabiskan semua wangnya untuk minyak wangi yang mahal. Yudas pula menumpukan perhatian pada pengiraan 30 keping wang peraknya. Maria mengorbankan semuanya untuk Yesus; Yudas pula membelot Yesus.
Walau bagaimanapun, saya tidak percaya bahawa Yudas didorong oleh minatnya terhadap wang sahaja. Sebaliknya, ia didesak oleh ketakutannya akan manusia.
Semua keadaan menunjuk ke arah kenyataan bahawa kematian Yesus pasti akan berlaku tidak lama lagi. Yesus sendiri yang berkata begitu! Yudas takut akan masa depannya dan ia takut akan keselamatannya. Kerajaan baru yang dijangkakannya akan dibawa oleh Yesus sedang berkecai. Ia menumpukan perhatian pada kuasa pemerintah, bukannya memfokus pada kuasa Dia yang telah menggariskan kekuasaan pemerintah tersebut. Ia membenarkan hal yang nyata untuk mengalahkan hal yang abadi.
Pengukuhan
Apakah fokus saya sekarang ini? Apakah yang mendorong tindakan saya? Adakah ketakutan akan manusia ataupun iman dalam Allah? Adakah saya rela mempertaruhkan segala sesuatu untuk Yesus ataupun adakah saya menurut perintah kuasa duniawi?
Pemaduan
Bapa di syurga, saya tahu saya mudah dipengaruhi oleh ketakutan akan manusia. Saya kerap mempercayai idea palsu bahawa orang mengawal keadaan saya, berbanding kepercayaan akan Allah berdaulat yang penyayang. Saya berdoa agar saya akan memberikan-Mu tempat yang betul pada takhta kehidupan saya. Saya berdoa agar iman – bukannya ketakutan – akan mendorong keputusan saya. Amin.
Kitab
Perihal Pelan

'Berjalan dengan Yesus' ialah pelan Alkitab yang membantu kita berjalan bersama dengan Yesus sepanjang dua bab terakhir kitab Matius. Kita berhenti untuk menumpukan perhatian pada hari-hari terakhir hidup Yesus di bumi ini dan maksudnya kepada kita. Bagaimanakah itu mengubah siapa saya ini dan milik siapa saya sekarang ini? Kita akan mengambil masa untuk merenungkan Alkitab dan "mengukuhkannya" dengan soalan yang membuat kita berfikir-fikir tentang kedudukan kita dalam perjalanan mengenali Yesus ini.
More