Kekaguman yang Tak Makan Dek Zaman | Pelan Bacaan Krismas daripada New Life Church Sampel
Hari 3
Jika ada watak alkitabiah yang boleh bercakap berdegar-degar tentang penderitaan, orang itu pastilah Rasul Paulus. Paulus menahan disebat, dipukul, dan direjam banyak kali. Ia juga terapung-apung di laut dan mengalami kurang tidur, kekurangan pakaian, kelaparan, kehausan, kesejukan, dan pelbagai situasi yang bahaya! Namun, ia tidak dikalahkan oleh isu tersebut; ia memandang semuanya sebagai sesuatu yang sementara, malah cabaran yang ringan.
Melalui segala sesuatu yang ditahan Paulus itu, fokusnya tetaplah pada Bapanya. Bapa Yesus. Bapa kami yang di syurga.
Bapa kami—yang mengutus Anak-Nya sebagai bayi, yang membesar menjadi orang dewasa dan dengan rela memikul dosa dunia ini—ialah Allah segala penghiburan. Inilah punca keyakinan Paulus: bahawa dosanya, dan dosa kita, telah dijelaskan sepenuhnya.
Sebagaimana Yesus menderita, Paulus menderita. Kita juga akan mengalami kesakitan dan penderitaan dari masa ke masa, sesetengah daripada kita lebih daripada yang lain. Namun, penderitaan yang kita hadapi itu tidak seberapa berbanding dengan sukacita, kedamaian, dan kemenangan yang bakal diterima sebagai ganjaran kesetiaan kita kepada Bapa kami yang baik, Raja Yesus kami. Dengan harapan itu, kita boleh menemui penghiburan sebenar pada hari ini di tengah-tengah apa pun yang sedang dihadapi.
Tindakan: Berhenti sejenak dan renungi bagaimana kedatangan Yesus ke dunia ini telah mengubah hidup anda selama-lamanya. Renungi ayat Alkitab hari ini, membenarkan Roh Kudus untuk memberikan anda perspektif yang baru tentang sebarang cabaran yang sedang dihadapi.
Perihal Pelan
Pelan tiga minggu ini meneliti kekaguman yang tak makan dek zaman terhadap kedatangan Allah kepada kita melalui Anak-Nya, Yesus. Pelan ini direka bentuk untuk bermula pada hari Isnin supaya setiap hujung minggu merangkumi kandungan yang lebih pendek yang dimaksudkan untuk rehat dan renungan pada musim cuti. Sertai kami sementara kami mengkaji maksud kelahiran Kristus terhadap masa depan, masa sekarang dan masa lalu kita.
More