Kekaguman yang Tak Makan Dek Zaman | Pelan Bacaan Krismas daripada New Life Church Sampel

Timeless Wonder | a Christmas Reading Plan From New Life Church

HARI 19 DARIPADA 19

Hari 19

Kebanyakan keluarga mempunyai masa kejayaan dan kemenangan yang penting yang terjalin dengan cerita yang memberi peringatan tentang saudara mara yang gagal atau terjerumus ke dalam dosa. Kejayaan mengilhami dan menakuti kita, sementara kegagalan mengejutkan kita, menimbulkan rasa takut bahawa kita akan menghadapi isu yang sama seperti orang sebelum kita.

Genealogi Yesus adalah seperti ini. Kita melihat orang yang menetapkan standard kesetiaan yang menakjubkan seperti Abraham atau keberanian seperti Rut. Namun, kita juga melihat ghairah nafsu Yehuda. Kita melihat hati yang rumit seperti Daud, yang mengarahkan pembunuhan seorang kawan, tetapi ia juga menulis Mazmur dan doa yang masih digunakan sekarang ini. Kemudian muncullah Yesus–kudus, tidak berdosa, dan benar. Tiba-tiba, kemuncak titisan keluarga ini seolah-olah bonggol yang kecil di jalan, dan kegagalan hampir dilupakan di bawah perlindungan kasih kurnia. Di sinilah kita mula belajar cara kita harus memandang isu lalu kita; seperti yang dikatakan oleh rasul Paulus, "Bahkan segala perkara kukira rugi berbanding keagungan mengenal Kristus Yesus, Tuhanku" (Filipi 3:8 AVB).

Matius memulakan catatan injilnya dengan genealogi Kristus untuk menjelaskan mengapa dan bagaimana Yesus ialah Mesias. Bagi orang Yahudi, ini merupakan bukti bagi dakwaan Yesus bahawa Dia ialah Tuhan dan penggenapan nubuatan. Bagi semua orang yang lain, pemasukan orang seperti Rahab dan Rut menunjukkan bahawa mereka tidak diabaikan dalam rancangan keselamatan Allah. Bagaimana kalau masa silam anda dan warisan–baik atau buruk–orang sebelum anda adalah sesuatu yang anda tunjukkan sebagai bukti kasih kurnia Allah?

Yesus meneruskan mandat daripada Allah kepada Abram untuk "hiduplah tanpa bercela di hadapan-Ku." Banyak generasi telah cuba dan gagal untuk berbuat demikian (lihat Kejadian 17:1). Dalam Kristus, akhirnya perjanjian ini digenapi daripada pihak manusia. Melalui keselamatan dan kasih kurnia sahajalah kita boleh hidup tanpa bercela sekarang ini–bukan dengan kekuatan sendiri, tetapi melalui pengorbanan-Nya untuk kita. Sama ada warisan anda adalah positif atau negatif dalam fikiran anda, keturunan Yesus mengingatkan kita bahawa adanya tempat bagi kita dalam keluarga Allah. Tiada seorang pun yang dapat menyertai keluarga ini tanpa Kristus. Warisan baru anda ialah kasih kurnia dan kebaikan Yesus!

Tindakan: Semasa anda meraikan musim cuti ini dan memasuki tahun yang baru, ingatlah bahawa anda membawa nama atas segala nama, Yesus, sekarang ini. Tiada masa lalu dan tiada jujukan DNA yang boleh mengatasi kasih kurnia Allah untuk anda! Terus menyelami warisan rohani anda sementara anda bergerak maju dalam hidup anda.

Hari 18

Perihal Pelan

Timeless Wonder | a Christmas Reading Plan From New Life Church

Pelan tiga minggu ini meneliti kekaguman yang tak makan dek zaman terhadap kedatangan Allah kepada kita melalui Anak-Nya, Yesus. Pelan ini direka bentuk untuk bermula pada hari Isnin supaya setiap hujung minggu merangkumi kandungan yang lebih pendek yang dimaksudkan untuk rehat dan renungan pada musim cuti. Sertai kami sementara kami mengkaji maksud kelahiran Kristus terhadap masa depan, masa sekarang dan masa lalu kita.

More

Kami berterima kasih kepada New Life Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://newlifechurch.tv