Kekaguman yang Tak Makan Dek Zaman | Pelan Bacaan Krismas daripada New Life Church Sampel

Timeless Wonder | a Christmas Reading Plan From New Life Church

HARI 17 DARIPADA 19

Hari 17

Pernahkah anda membuat kesilapan dan fikir itulah keruntuhan anda? Walau apa pun yang anda lakukan untuk memperbaik keadaannya, dapatkah keadaan itu dipulihkan? Hari ini, kita akan menyelami hidup Daud. Lelaki yang, melalui iman, menjadi raja Israel yang hebat dan menetapkan standard bagi generasi seterusnya. Walaupun biasa dikenali sebagai seorang yang berkenan dalam hati Allah, Daud mengalami musim yang goyah dalam hidupnya yang berpotensi memusnahkan takdirnya dan pemerintahannya sebagai raja.

Dalam 2 Samuel 11, Daud mendambakan seorang wanita yang sudah berkahwin, Batsyeba. Apabila Batsyeba hamil, Daud menggunakan kedudukan berkuasanya untuk membunuh suami Batsyeba, Uria. Itu pastinya bukan tingkah laku yang wajar bagi seseorang raja! Dalam pandangan terbatas kita tentang realiti dan keadilan, memanglah mudah untuk memandang situasi ini dan mengetahui bahawa Daud mungkin sudah memusnahkan masa depan dan reputasinya. Allah tidak mungkin sanggup menggunakannya lagi. Mustahil Daud dapat melepaskan diri daripada kelakuan yang amat kejam itu. Daud tidak mungkin diampunkan selepas melanggar bukan satu, tetapi beberapa hukum. Betapa angkuhnya Daud sehinggakan ia berfikir bahawa ia tidak dapat disentuh oleh undang-undang?

Walau bagaimanapun, Allah dengan kanta-Nya yang lebih luas, tahu apa yang harus berlaku.

Allah melihat potensi Daud dan Dia mengetahui bahawa kesilapan Daud tidak mendefinisikan siapa Daud itu atau apa yang disediakan oleh Dia untuk masa depan Daud. Allah tahu bahawa iman berdasarkan perbuatan tidak dapat menyelamatkan Daud. Dia tahu walaupun tindakan Daud pada waktu ini tidak mencerminkannya, Daud dengan rendah hati mengambil berat tentang rakyatnya dan sanggup melakukan apa jua untuk memperluas kerajaan Allah. Pertama sekali, Allah tahu bahawa Dia mempunyai rancangan yang lebih besar untuk seorang Penyelamat yang akan menebus setiap kesalahan dunia, yang bakal dilahirkan 28 generasi kemudian daripada keturunan Daud.

Disebabkan Allah mengetahui bahawa masa silam Daud tidak akan menandakan hidupnya dan generasi seterusnya, Daud menuntutnya juga. Daud boleh berjalan dengan rasa malu dan kekalahan kerana tindakannya, sebaliknya ia berlari kepada Bapa, mengakui semangat memberontaknya, dan merayu agar dosanya dan rasa malunya dilenyapkan. Ini dimungkinkan oleh semangat rendah hati dan penyerahan sepenuhnya kepada Bapa untuk mengubah situasi yang rosak itu menjadi sesuatu yang jauh lebih besar daripada apa yang dapat dibayangkan oleh Daud. Meskipun Daud sedar bahawa ia telah diampunkan, Allah melakukan lebih banyak lagi dan membenarkan keturunan Daud untuk melahirkan Penyelamat itu. Allah penuh kasih kurnia untuk mengampuni dan menebus kita apabila kita berbalik kepada Dia!

Tindakan: Sepertimana Daud membawa rasa malunya ke kaki Bapanya, kita boleh melakukan hal yang sama. Apakah dosa lalu atau pergelutan yang masih membuat anda rasa malu? Doakan Mazmur 51 ke atas situasi anda dan menuntut kemenangan Kristus ke atas semua dosa dan benteng dalam hidup anda!

Hari 16Hari 18

Perihal Pelan

Timeless Wonder | a Christmas Reading Plan From New Life Church

Pelan tiga minggu ini meneliti kekaguman yang tak makan dek zaman terhadap kedatangan Allah kepada kita melalui Anak-Nya, Yesus. Pelan ini direka bentuk untuk bermula pada hari Isnin supaya setiap hujung minggu merangkumi kandungan yang lebih pendek yang dimaksudkan untuk rehat dan renungan pada musim cuti. Sertai kami sementara kami mengkaji maksud kelahiran Kristus terhadap masa depan, masa sekarang dan masa lalu kita.

More

Kami berterima kasih kepada New Life Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://newlifechurch.tv