Kekaguman yang Tak Makan Dek Zaman | Pelan Bacaan Krismas daripada New Life Church Sampel
Pengenalan
Yesus datang ke bumi ini supaya Dia boleh menyelamatkan manusia daripada dosa mereka. Dia berkasih kurnia bagi setiap musim hidup kita, dan pada setiap musim Krismas kita dengan penuh kekaguman dan keghairahan merenungi bagaimana Dia telah merendahkan diri untuk mendekati kita. Pelan ini direka bentuk untuk meneliti kesan kelahiran Yesus terhadap masa depan, masa sekarang, dan masa lalu anda. Tiada aspek kehidupan anda yang tidak dapat dicapai dan disembuhkan oleh kekaguman-Nya yang tak makan dek zaman!
Hari 1
Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa Yesus berkata lebih baik Roh Kudus datang daripada Dia ada bersama dengan kita secara fizikal? Krismas ialah cerita tentang Anak Allah yang menjadi manusia dan hidup bersama dengan kita. Imanuel. Roh Kudus-Nya yang diam dalam kita ialah Dia yang datang untuk diam dalam kita. Roh Kudus ialah roh Kristus, Penasihat Bijaksana, yang diam dalam kita dan memperkasakan kita untuk hidup seperti Yesus.
William Temple menjelaskannya seperti ini: “Tidak berguna memberikan saya lakonan seperti Hamlet atau King Lear, dan meminta saya untuk menulis lakonan seperti itu. Shakespeare dapat melakukannya; saya tidak dapat melakukannya. Tidak berguna menunjukkan saya hidup seperti hidup Yesus dan meminta saya untuk menjalankan hidup seperti itu. Yesus dapat melakukannya; saya tidak dapat melakukannya. Namun, jika bakat luar biasa Shakespeare boleh datang dan diam dalam saya, maka saya dapat menghasilkan lakonan seperti itu. Jika Roh Yesus boleh datang dan diam dalam saya, maka saya dapat hidup seperti itu.” Kita memiliki kurnia Roh Kudus yang memimpin kita daripada dalam untuk hidup seperti yang dilakukan oleh Yesus.
Meskipun kebenaran ini, banyak antara kita diselubungi kerisauan tentang masa depan, terutamanya pada waktu Krismas. Persoalan kita mungkin menguasai kita. Siapakah yang harus saya jadi? Apakah yang dapat saya capai? Apakah warisan saya? Kita lupa tentang apa yang dipanggil jaminan janji Allah dalam Alkitab. Jaminan ini ialah simbol sah tentang pemilikan. Melalui roh-Nya, kita ditandakan sebagai anak lelaki dan anak perempuan yang dijaga, dilindungi, dan dipelihara. Dia telah memberikan kita "roh yang menjadikanmu anak Allah." Setiap sesuatu yang dimiliki-Nya adalah milik kita. Ini merupakan warisan kasih kurnia kita, dan kita tidak mungkin menghabiskannya. Janji kita bagi masa sekarang ialah Dia akan selalu menyertai kita. Janji kita bagi masa depan ialah Dia yang sudah memulakan pekerjaan yang baik pada diri anda, akan meneruskannya sehingga selesai. Dia tidak pernah gagal sebelum ini, dan Dia tidak akan gagal sekarang ini.
Oleh itu, bila-bila kita mula merasai kekhuatiran meresap masuk tentang masa depan, kita boleh berhenti sejenak dan meminta Roh Kudus untuk menolong kita mengenal pasti punca kekhuatiran itu. Ketakutan dan keraguan mempunyai punca yang sama sejak taman Eden. Kita harus bertanya, "Apakah bohong yang saya percayai yang merampas kedamaian saya?" Penasihat yang Bijaksana dan Raja Damai ialah peribadi yang sama, dan Dia akan memimpin kita kembali kepada-Nya. Dialah Imanuel, Allah dalam kita.
Tindakan: Dapatkah anda mengenal pasti sebarang lingkungan kekhuatiran, lingkungan yang anda bekerjasama dengan roh ketakutan tentang masa depan? Jemputlah Roh Kudus untuk menasihati anda dan mengingatkan anda tentang perkara yang benar.
*Teks untuk hari pertama kandungan renungan dipetik daripada Basic Christianity oleh John R. W. Stott.
Perihal Pelan
Pelan tiga minggu ini meneliti kekaguman yang tak makan dek zaman terhadap kedatangan Allah kepada kita melalui Anak-Nya, Yesus. Pelan ini direka bentuk untuk bermula pada hari Isnin supaya setiap hujung minggu merangkumi kandungan yang lebih pendek yang dimaksudkan untuk rehat dan renungan pada musim cuti. Sertai kami sementara kami mengkaji maksud kelahiran Kristus terhadap masa depan, masa sekarang dan masa lalu kita.
More