Kekaguman yang Tak Makan Dek Zaman | Pelan Bacaan Krismas daripada New Life Church Sampel

Timeless Wonder | a Christmas Reading Plan From New Life Church

HARI 9 DARIPADA 19

Hari 9

Semasa kita mendengar cerita tentang Maria dan kehamilan Yesus, hal itu mungkinlah amat aneh dan sukar difahami. Oleh itu ia memerlukan iman; naluri kita memang tidak mempercayai sesuatu seperti kehamilan oleh Roh Kudus! Namun, Yusuf? Ia pastinya rasa dikhianati, tidak yakin, dan terluka kerana tunangnya nampaknya tidak setia. Penantian dan keterujaan menjelang perkahwinan hancur dengan berita kehamilan anak itu.

Yusuf sudah bersedia untuk mengambil jalan mudah dengan percubaan menceraikan Maria secara "mulia dan diam-diam." Pada waktu itu, hukum Yahudi menyatakan bahawa Maria berlaku curang, itulah anggapannya, maka Maria harus dihadapkan kepada penatua untuk diadili dan direjam sehingga mati. Disebabkan Yusuf ialah seorang yang salih, ia ingin melindungi Maria daripada keaiban. Walaupun ia melakukan hal yang mulia dalam situasi ini, itu tidak mengubah sakit hati dan kekeliruannya.

Pada suatu malam, segala-galanya berubah. Malaikat muncul kepadanya dalam mimpi dan mengesahkan bahawa perkara yang dinubuatkan oleh Yesaya 700 tahun dahulu akhirnya berlaku: Imanuel kita, Allah menyertai kita, akan dilahirkan oleh seorang anak dara. Pada ketika itulah, ia memiliki iman dan keberanian untuk berjalan taat dan melaksanakan rancangan Allah bagi keluarga barunya.

Memang diketahui bahawa hidup ini sukar diramal dan berubah-ubah. Tiada orang yang kebal daripada potensi menerima berita yang akan menggoncang kita, bola lencong yang menghancurkan kita, dan interaksi yang mengubah segala-galanya dalam sekelip mata. Seperti Yusuf, ada kalanya keadaan yang melanda kita tidak masuk akal. Perkara yang lebih susah difahami ialah kadang-kadang kita tidak akan menerima jawapan dan kejelasan seperti Yusuf. Semua kenyataan ini ialah hasil daripada hidup di dunia yang rosak ini. Walau bagaimanapun, kita boleh berpegang kuat pada hal yang diketahui adalah benar: Allah adalah baik, dan Dia akan mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi anda dan kemuliaan-Nya.

Daripada membiarkan situasi yang mengelirukan atau menyakitkan menyelewengkan anda, dekati Roh Kudus dan membolehkan suara-Nya memimpin anda. Anda mempunyai pilihan untuk mempercayai Dia, meskipun nampaknya tidak masuk akal. Melalui ketaatan Yusuf, Allah dapat melakukan jauh lebih banyak daripada yang dapat dibayangkannya. Siapa kata Dia tidak dapat melakukan hal yang sama dengan anda?

Tindakan: Renungkan waktu anda kehilangan harapan, tetapi Allah campur tangan dan menyatakan tujuan dan kemuliaan-Nya kepada anda. Tuliskan doa kesyukuran bagi pemeliharaan dan sifat-Nya yang tidak berubah-ubah!

Hari 8Hari 10

Perihal Pelan

Timeless Wonder | a Christmas Reading Plan From New Life Church

Pelan tiga minggu ini meneliti kekaguman yang tak makan dek zaman terhadap kedatangan Allah kepada kita melalui Anak-Nya, Yesus. Pelan ini direka bentuk untuk bermula pada hari Isnin supaya setiap hujung minggu merangkumi kandungan yang lebih pendek yang dimaksudkan untuk rehat dan renungan pada musim cuti. Sertai kami sementara kami mengkaji maksud kelahiran Kristus terhadap masa depan, masa sekarang dan masa lalu kita.

More

Kami berterima kasih kepada New Life Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://newlifechurch.tv