Kekaguman yang Tak Makan Dek Zaman | Pelan Bacaan Krismas daripada New Life Church Sampel

Timeless Wonder | a Christmas Reading Plan From New Life Church

HARI 8 DARIPADA 19

Hari 8

Kesakitan sekarang boleh membuat kita melakukan perkara yang lucu. Masa kecederaan berlaku, sama ada dari segi fizikal atau emosi, orang di sekeliling biasanya berbelas kasihan dan bersimpati. Namun, lama-kelamaan belas kasihan semakin hilang dan mereka mula membuat tanggapan. Adakah kita melakukan sesuatu yang menyebabkan situasi ini? Mungkinkah kita terlepas perhatian Tuhan?

Elisabet dan Zakharia mengalami kemandulan untuk tempoh yang panjang. Mereka bukan sahaja menginginkan anak seperti banyak pasangan yang lain, malah kemandulan tidak disukai pada zaman mereka dan ini memburukkan lagi sakit hati mereka. Kehadiran sakit ini kekal lama selepas mereka menyedari buat pertama kalinya bahawa mendapat anak mungkin tidak berlaku seperti harapan mereka.

Bagaimana kita mengharungi kesakitan dengan integriti dan kejujuran apabila musim bertukar menjadi tahun ataupun beberapa dekad?

Elisabet dan Zakharia tetap setia terhadap harapan mereka akan anak sendiri (walaupun menyeksakan untuk tidak menerimanya untuk tempoh yang lama) dan terhadap peranan mereka sebagai keluarga imam. Mereka menunjukkan kepada kita bahawa kekecewaan dan harapan boleh wujud bersama di dunia yang rosak ini. Kita boleh mempercayai Tuhan dengan hidup kita, meskipun kita tidak memahami sebab kita harus rasa sakit, kerana Dialah Tuhan.

Pada suatu hari, doa mereka untuk masa depan menjadi kenyataan sekarang mereka. Malaikat memberitahu Zakharia bahawa Allah mendengar doa mereka untuk anak. Perkara yang kelihatan mustahil bagi manusia tiba-tiba dikabulkan oleh Allah. Apabila dunia ini memberikan anda sebab untuk berputus harapan, ingatlah bahawa belas kasihan yang besar didahului seruan kesakitan yang berulang sepanjang sejarah. Allah yang sama yang telah mendengar Israel dalam perhambaan, Daud yang melarikan diri daripada Saul, dan sakit hati Elisabet ialah Allah yang sama yang sedang mendengar setiap kata-kata anda.

Minggu ini, kami mendalami kesakitan ini. Bukan kerana kita berasa kasihan pada diri sendiri, tetapi kerana kesakitan semasa kita memberikan peluang untuk berhubung dengan Tuhan dan menyatakan iman kita (walau betapa besar atau kecil pun) bahawa Dia menepati Firman-Nya dan bahawa sukacita akan terhasil melalui dugaan kita. Daripada memandang keadaan kita sebagai kesusahan yang harus dielakkan, marilah kita mencari penghiburan yang diberikan oleh Allah kepada orang yang mengejar-Nya dengan sepenuh hati.

Tindakan: Apakah kesakitan dalam hidup anda sekarang ini dan dalam hidup orang di sekeliling anda? Jangan berhenti berdoa dan mengejar penghiburan hadirat Allah. Percayalah semula pada Tuhan dengan membawa orang yang sedang menderita kepada-Nya dalam doa anda hari ini.

Hari 7Hari 9

Perihal Pelan

Timeless Wonder | a Christmas Reading Plan From New Life Church

Pelan tiga minggu ini meneliti kekaguman yang tak makan dek zaman terhadap kedatangan Allah kepada kita melalui Anak-Nya, Yesus. Pelan ini direka bentuk untuk bermula pada hari Isnin supaya setiap hujung minggu merangkumi kandungan yang lebih pendek yang dimaksudkan untuk rehat dan renungan pada musim cuti. Sertai kami sementara kami mengkaji maksud kelahiran Kristus terhadap masa depan, masa sekarang dan masa lalu kita.

More

Kami berterima kasih kepada New Life Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://newlifechurch.tv